Monday, September 22, 2008
Man U seri 1-1 di Stamford Bridge

LONDON: Park Ji-Sung mengakui Manchester United sepatutnya menewaskan Chelsea sebelum Solomon Kalou muncul penyelamat dengan menjaringkan gol penyamaan ketika seri, 1-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), semalam.

Pemain sayap Korea Selatan itu meletakkan United di depan pada minit ke-18 pertemuan di Stamford Bridge tetapi barisan Sir Alex Ferguson gagal menambah gol kedua.

Kalou menghukum pelawat selepas masuk selaku pemain gantian ketika perlawanan berbaki 10 minit menjadikan United ketinggalan enam mata di belakang Chelsea dan tujuh mata berbanding pendahulu, Arsenal.

“Amat mengecewakan kerana kami berada dalam kemenangan ketika perlawanan berbaki 10 minit. Kami cuba melancarkan serangan.

“Mereka banyak menguasai bola pada babak pertama, jadi kami menggandakan usaha dan beraksi baik. Kami memiliki beberapa peluang yang baik tapi hanya memperoleh satu gol.

“Permainan kami cemerlang hinggalah mereka menyamakan kedudukan. Kami bertandang untuk menang tapi hanya mendapat satu mata, ianya mengecewakan,” kata Park.

Park turut menyuarakan kemarahan mengenai tindakan cerewet pengadil, Mike Riley melayangkan enam kad kuning kepada pemain United hingga merosakkan corak permainan kedua-dua pasukan.

“Saya fikir tindakannya sedikit tidak adil. Pemain Chelsea melancarkan terjahan sama tapi, mereka tidak dilayangkan kad kuning. Itu keputusan pengadil,” katanya.

Jaringan Park hanyalah sagu hati kecil selepas kecewa tidak beraksi pada final Liga Juara-Juara Eropah menentang Chelsea, musim lalu tetapi, dia sudah cukup gembira andai United pulang dengan tiga mata.

“Situasi ini sedikit mengubat kekecewaan namun tidak sepenuhnya. Amat mengecewakan terlepas final Liga Juara-Juara, jadi ia sedikit membantu apabila menjaringkan gol di sini,” katanya. - AFP


manchesterunited 9/22/2008 09:05:00 AM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox