Tuesday, September 23, 2008

Barisan depan United mampu menyengat lagi


ROONEY (kanan) dan Ronaldo masih belum memperlihat kehebatan mereka pada saingan musim ini.

LONDON - Penyerang Manchester United, Wayne Rooney yakin skuad Red Devils akan kembali menyengat terutama di barisan serangan.

United sekadar mencatat keputusan seri 1-1 dengan Chelsea di Stamford Bridge kelmarin dan ia dianggap satu permulaan hambar pada kempen awal Liga Perdana England musim ini.

United juga hanya mengutip lima mata daripada empat perlawanan awal liga.

Pada aksi pembukaan Liga Juara-Juara minggu lalu, United sekadar seri tanpa jaringan dengan kelab Sepanyol, Villarreal di Old Trafford.

Begitupun, Rooney yakin gandingannya bersama Cristiano Ronaldo, Dimitar Berbatov serta Carlos Tevez membuka kembali laluan United untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi musim lalu.

"Ia adalah satu berita baik apabila pasukan ini kembali mendapat khidmat Cristiano," jelas Rooney.

"Dia adalah pemain hebat dan harap-harap dia boleh beraksi dalam beberapa perlawanan untuk beberapa minggu selepas ini.

"Situasi itu penting kerana ia akan memberi kecergasan terbaik kepadanya dan barulah dia boleh pamerkan apa yang dia miliki selama ini.

"Dengan adalah Dimitar, ia juga sesuatu yang menarik kerana pemain baru ini cukup berbakat. Saya pasti, gandingan mereka (Ronaldo-Berbatov) akan lebih berkesan selepas ini termasuk kehadiran Carlos."

Dalam pada itu, Rooney tetap gembira dengan keputusan seri di Stamford Bridge kelmarin biarpun penyerang Chelsea, Salomon Kalou berjaya menafikan hajat United untuk meraih kemenangan.

"Ia adalah keputusan yang baik apabila memperoleh satu mata," tambahnya.

"Rekod Chelsea di Stamford Bridge sangat baik dan walaupun kami berjaya menguasai permainan dan hanya gagal kerana melepasi satu gol pada minit-minit terakhir, saya tetap anggap keputusan ini sebagai sesuatu yang hebat." - Agensi



manchesterunited 9/23/2008 07:10:00 AM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox