Sunday, February 17, 2008
United kian membara

MANCHESTER: Hanya dalam tempoh seminggu, Manchester United mengalami dua perlawanan berbeza.

Minggu lalu, United diaibkan dengan kekalahan kepada Manchester City di depan penyokong sendiri.

Kelmarin, United mula bermegah selepas pusingan kelima Piala FA dengan kemenangan besar 4-0 ke atas Arsenal.

“Seluruh pasukan bangga dengan pencapaian ini. Nyata, ia persembahan menarik dan cara terbaik untuk atasi kekalahan minggu lalu,” kata pengurus United, Alex Ferguson.

“Saya rasa pasukan lawan kecewa dengan diri masing-masing.”

United bukan saja mengesahkan slot ke suku akhir Piala FA, malah memberi kelebihan psikologi kepada The Red Devils sebagai salah satu usaha merapatkan jurang lima mata di kelompok teratas Liga Perdana Inggeris.

“Saya harap keputusan ini memberi impak kepada saingan memperolehi takhta liga musim ini. Apabila Arsenal ke Old Trafford, April ini, mereka sedar akan berdepan perlawanan sukar,” tambah Ferguson.

“Siapa tahu, dalam tempoh dua bulan ini, kedua-dua pasukan mungkin berada di posisi berbeza. Namun, keputusan ini semestinya memberi kelebihan pada kami untuk perlawanan liga.”

Ledakan pembukaan Wayne Rooney memberi kelegaan kepada skuad memandangkan beberapa pemain bintang seperti Cristiano Ronaldo, Carlos Tevez, Ryan Giggs dan Owen Hargreaves direhatkan sebagai persiapan saingan kelompok 16 Liga Juara-Juara menentang Lyon, Rabu ini.

“Ia membolehkan mereka tampil segar dan menjadi pemain utama hingga tamat musim ini,” kata Rooney. “Kami terpaksa turunkan semua pemain dalam setiap perlawanan sepanjang musim lalu.”

Tanpa bantuan Ronaldo dan Tevez, Rooney mulanya diramal sukar mengadaptasi formasi 4-5-1.

Bagaimanapun, penyerang United itu membuktikan dia mampu menyerang meskipun keseorangan.

Dengan ramai barisan pemain tengah dan saya, Rooney beraksi penuh tenaga selepas digantung minggu lalu, hingga mencetuskan gol pembukaan United pada minit ke-16.

Rooney kini mengharapkan United berdepan Chelsea dalam saingan suku akhir tatkala undian perlawanan seterusnya diadakan hari ini.

“Saya mahu menentang Chelsea di tempat sendiri dan cuba tewaskan mereka,” katanya. - AP

“Selepas itu, kami akan ke separuh akhir dan saya pasti kami akan teruskannya dari situ.”


manchesterunited 2/17/2008 09:43:00 AM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox