Sunday, February 17, 2008
MU belasah Arsenal, Fergie anggap petunjuk baru

MANCHESTER: Tempoh seminggu bakal menjadi penentu semusim buat Manchester United.

Ahad lalu, barisan United yang lesu diperkotak-katikkan oleh Manchester City. Tetapi kelmarin, pada pusingan kelima Piala FA, United tidak menyerupai pasukan yang kecundang kepada lawannya dari bandar sama.

Kemenangan besar 4-0 ke atas Arsenal, pencabar sengit dalam buruan Liga Perdana Inggeris, dilakukan dengan penuh gaya dan keyakinan.

“Seluruh pasukan boleh berbangga dengan diri masing-masing,” kata pengurus United, Alex Ferguson. “Ia adalah persembahan hebat dan cara terbaik untuk bertindak balas atas kekalahan Ahad lalu.

“Saya rasa kami kecewa dengan diri kami.”

Bukan saja persembahan mengganas itu mengesahkan tempat suku akhir Piala FA, tetapi ia juga memberikan United kelebihan psikologi dalam usahanya untuk mengurangkan kelebihan lima mata Gunners di atas liga.

“Saya berharap keputusan ini memberikan impak kepada perebutan gelaran,” kata Ferguson. “Apabila Arsenal datang ke sini pada April, mereka akan mengetahui bahawa ia bakal menjadi perlawanan sukar.

“Siapa tahu, masih ada dua bulan lagi dan kedua-dua kelab mungkin berada pada posisi berbeza. Tetapi keputusan ini meningkatkan selera kami bagi perlawanan liga.”

Wayne Rooney gembira dengan tahap kekuatan menyeluruh pasukan dan ia kelihatan apabila Cristiano Ronaldo, Carlos Tevez, Ryan Giggs dan Owen Hargreaves direhatkan sebagai persediaan menghadapi perlawanan Liga Juara-Juara Eropah di Lyon minggu depan.

“Ia mengekalkan mereka segar dan ia mungkin penentu pada akhir musim,” kata Rooney.

“Musim lalu, kami terpaksa menurunkan semua pemain dalam semua perlawanan.”

Tanpa Ronaldo dan Tevez menyokong, Wayne Rooney mungkin dilihat akan menghadapi kesukaran dalam formasi 4-5-1.

Sebaliknya, penyerang United itu menampilkan bukti dia boleh beroperasi sebagai penyerang tunggal.


manchesterunited 2/17/2008 08:59:00 AM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox