Wednesday, April 25, 2007
Rooney pastikan kemenangan United

MANCHESTER, England – Wayne Rooney membayangi kehebatan bintang AC Milan, Kaka untuk menerajui Manchester United mencatat kemenangan tipis 3-2 pada pertemuan separuh akhir pertama Liga Juara-juara di sini semalam.


Ketika dua gol pemain Brazil, Kaka pada babak pertama kelihatan sudah cukup buat Milan untuk mencatat seri yang sekali gus akan meletakkan mereka sebagai pilihan untuk mara ke perlawanan akhir buat kali ketiga dalam masa lima tahun, Rooney meluru mengejar bola umpanan Ryan Giggs dan merembat rendah ke dalam gawang untuk gol peribadi keduanya.

Selepas mendahului menerusi Cristiano Ronaldo, kegoyahan pertahanan United akibat krisis kecederaan didedahkan oleh Kaka yang bijak menghidu peluang, dua kali disebabkan oleh kelemahan mengawal untuk mendapat gol pada minit 22 dan 37 buat pasukan pelawat.

Tetapi Rooney menyamakan kedudukan ketika permainan berbaki setengah jam dan asakan United akhirnya berhasil pada minit pertama masa kecederaan.

Keputusan itu membuatkan pengurus United, Alex Ferguson begitu gembira.

“Kami terus mengasak dan sebahagian gerakan begitu menarik dan kami menguasai babak kedua.

“Gol penyamaan itu memberikan kami semangat untuk terus mengasak dan mencari kemenangan.

“Keputusan ini telah menyediakan kami peluang besar untuk terus mara.

“Ini merupakan tambahan besar kepada semangat kami untuk mengejar gelaran,” katanya lagi.

Jurulatih Milan, Carlo Ancelotti begitu kesal selepas pasukannya melepaskan kelebihan 2-1 pada satu ketika.

“Saya rasa sungguh kecewa kerana kami memberikan mereka kemenangan sedangkan seri ialah keputusan yang lebih wajar,” kata Ancelotti, yang
membimbing Juventus ketika United menewaskan mereka pada separuh akhir Liga Juara-juara 1999.

“Kami kepenatan menuju penghujung permainan dan tidak menjaga posisi dengan baik. Keputusan ini sukar diterima kerana saya fikir kami
adalah pasukan yang lebih bagus pada 60 minit pertama,” katanya lagi.

Naib Presiden AC Milan, Adriano Galliani memuji Kaka kerana kemahiran individunya.

“Semua pasukan yang hebat mempunyai satu atau dua pemain yang mencipta kelainan dan bagi kami ialah Kaka,” kata Galliani.


manchesterunited 4/25/2007 08:01:00 PM
_________________

Monday, April 23, 2007

Man. United atau AC Milan

LONDON – Manchester United memikul harapan untuk memastikan perlawanan akhir bola sepak Liga Juara-juara dikuasai sepenuhnya oleh kelab-kelab dari England apabila mereka melayan AC Milan pada separuh akhir.

Chelsea pula akan bersemuka dengan Liverpool di Stamford Bridge.

Pertemuan separuh akhir pertama akan bermula hari ini (awal pagi esok waktu Malaysia) di Old Trafford dengan United akan berusaha menunjukkan kemajuan yang telah mereka capai sejak dipermainkan oleh Milan dua musim lalu.

Ketika itu, kelab dari Itali itu menang kedua-dua pertemuan dengan keputusan 1-0 pada pusingan pertama peringkat kalah mati, yang dihasilkan menerusi dua gol penyerang Chelsea yang dipinjamkan kepada Milan, Hernan Crespo.

United kini merupakan pencabar yang lebih kuat di peringkat Eropah dan sedang menerajui persaingan Liga Perdana England, terima kasih kepada prestasi memuncak pemain sayap Portugal, Cristiano Ronaldo dan penyerang England, Wayne Rooney. Kedua-duanya telah menjaringkan sejumlah 40 gol dalam semua pertandingan musim ini.

Pengurus United, Alex Ferguson kelmarin berkata, pertemuan dengan Milan juga adalah pertembungan antara Ronaldo dengan pemain dari Brazil, Kaka – dua pemain terbaik dunia ketika ini.

Paul Scholes, yang seperti juga Ronaldo tidak akan bermain dalam pertemuan kedua di San Siro pada Rabu depan jika mengutip satu kad kuning di Old Trafford hari ini, akan memperkuatkan bahagian tengah dengan kemunculan semulanya daripada penggantungan manakala Ryan Giggs
kekal sebagai ancaman di bahagian depan.

Milan tentu masih ingat bahawa United membelasah rakannya dalam Serie A, AS Roma 7-1 di Old Trafford dua minggu lepas dan pasti sedar mengenai ancaman United.

“Keputusan itu merupakan amaran bahawa kami sangat perlu berhati-hati,” kata pemain pertahanan Milan, Cafu dari Brazil kepada wartawan dalam laman web kelab itu semalam.

“Perlawanan itu nanti sudah tentu sukar dan kami perlu melakukan segala-galanya. Manchester United bermain dengan begitu bagus di tempat sendiri, khasnya dalam pertandingan besar seperti ini,” katanya lagi.

Tetapi Cafu mengingatkan tentang fakta bahawa Milan, yang telah mencatat lima kemenangan berturut-turut dalam semua pertandingan sebelum ini, merupakan pasukan pertama mengalahkan Bayern Munich di Eropah di stadium Allianz Arena milik mereka pada suku akhir.

Membayangkan mengenai lawatan mereka ke Manchester, dia berkata:
“Kami mesti ke sana dan bermain seperti yang kami lakukan di Munich –dengan semangat tinggi. Dengan itu, kami mungkin akan membawa pulang keputusan yang positif.”

Ia mampu dilakukan memandangkan United, yang kemaraan mereka untuk mendekati kejuaraan Liga Perdana menerima tamparan apabila hanya seri 1-1 dengan Middlesbrough pada Sabtu lepas, sedang mengalami krisis kecederaan yang melemahkan bahagian pertahanannya.

Aksi sengit separuh akhir akan berterusan di London esok dengan pertemuan Chelsea-Liverpool, pertembungan yang membangkitkan kenangan pahit buat para penyokong tuan rumah.

Kemaraan Liverpool ke perlawanan akhir dua tahun lepas menerusi jaringan tunggal Luis Garcia dalam kedua-dua pertemuan separuh akhir menentang Chelsea telah dipertikaikan. Liverpool kemudian menang ke atas Milan pada perlawanan akhir.

Ramai penyokong The Blues masih percaya bahawa sepakan Garcia tidak melepasi garisan gol di Anfield dan melihat pertemuan musim ini sebagai peluang membalas dendam.

Dalam pertemuan pada Liga Perdana musim ini, Chelsea menewaskan Liverpool 1-0 di Stamford Bridge pada September 2006 hasil jaringan penyerang antarabangsa Ivory Coast, Didier Drogba tetapi tewas di Anfield 2-0 pada Januari lepas.

Kelmarin, juara bertahan Liga Perdana itu gagal mengambil peluang daripada keputusan yang dicatatkan oleh United dengan Boro apabila seri 0-0 di Newcastle United untuk kekal berada tiga mata di belakang dalam perebutan kejuaraan.

Perlawanan akhir di Athens pada 23 Mei yang dikuasai sepenuhnya oleh kelab-kelab England tidak akan kekurangan daya tarikan.

Hanya ada dua negara yang kedua-dua kelab mereka pernah bertemu dalam perlawanan akhir pada satu-satu tahun, apabila Real Madrid menewaskan Valencia pada tahun 2000 dan tiga tahun kemudian Milan menundukkan Juventus menerusi penalti di Old Trafford.

Perlawanan Chelsea menentang United akan menambah persaingan mereka setelah bersaing sengit dalam Liga Perdana dan akan bertemu pada perlawanan akhir Piala FA hanya empat hari lebih awal di Wembley.

Bagaimanapun, di sebelah timur laut England, para peminat mengharapkan pertemuan dua musuh tradisi iaitu antara juara lima kali Liverpool dengan juara 1999 United, yang memburu gelaran ketiga.

– Reuters



manchesterunited 4/23/2007 08:18:00 PM
_________________

MANCHESTER: Apabila Manchester United menyumbat tujuh gol ke gawang AS Roma pada suku akhir Liga Juara-juara Eropah, media Itali bingkas membangkitkan kebimbangan mengenai aib bakal dijelmakan Cristiano Ronaldo dan rakan-rakannya terhadap ‘barisan tua’ empat tonggak benteng AC Milan.

Namun, apa yang kini tertera ialah hakikat betapa masalah tonggak pertahanan United menjadi elemen paling genting menjelang aksi pertama separuh akhir di Old Trafford, hari ini.

Sudah tidak punya khidmat kapten, Gary Neville dan Nemanja Vidic, United terpaksa belajar hidup tanpa rakan segandingan Vidic, Rio Ferdinand yang cedera pangkal paha selepas seri 1-1 dengan Middlesbrough, Sabtu lalu.

Kekentalan benteng sebelumnya menjadi asas kebangkitan skuad kendalian Alex Ferguson dan sudah pasti dia menganggap ketiadaan Vidic dan Ferdinand ketika musim
menghampiri kemuncak sebagai sesuatu yang amat malang.

Namun, biarpun pengendali berbangsa Scotland itu sedia mengakui betapa skuadnya kini ‘terjejas’, dia enggan menerima andaian betapa Milan –kebelakangan ini sudah menjumpai tahap aksi memikat – akan bermula sebagai pilihan dalam pertentangan separuh akhir nanti.

“Ia bukan masa untuk menangisi keadaan diri. Kini adalah detik kami membuktikan wibawa,” katanya.

“Sejarah kelab ini kerap kali membuktikan kami melakar keputusan bagus dan kami perlu memastikan pemain punya tenaga cukup Selasa ini (hari ini) kerana ia adalah perlawanan penting dan mereka seharusnya menikmatinya.”

Rakan sejawat Ferguson di Milan, Carlo Ancelotti sebelumnya mengakui United yang ditunjangi Ronaldo sudah menjelmakan aksi terhebat di Eropah musim ini.

Tetapi jurulatih Milan itu juga tahu betapa krisis kecederaan terbaru amat menjejaskan Ferguson, dengan menyifatkan ketiadaan Ferdinand sebagai sesuatu yang ‘besar kesannya.’

“Dia pemain penting untuk benteng mereka,” kata Ancelotti, sebelum mengakui betapa dia sebenarnya lebih bimbangkanancaman serangan dijelmakan Ronaldo, Wayne Rooney dan Ryan Giggs.

“Kami perlu berhati-hati dan mengekalkan penguasaan bola, tetapi ia mampu menjelmakan kesan berbeza kerana jika kami gagal memanfaatkan
peluang, lawan mampu menghukum kami menerusi gerak serang balas,” kata Ancelotti. – AFP


manchesterunited 4/23/2007 07:58:00 PM
_________________

Ronaldo menangi dua anugerah Pemain Terbaik PFA

LONDON: Pemain Manchester United, Cristiano Ronaldo dinobatkan sebagai pemain terbaik PFA dan pemain muda terbaik tahun ini.


Pemain sayap berusia 22 tahun dari Portugal itu menjadi pemain pertama yang meraih dua anugerah sekali gus dalam musim sama sejak Andy Gray melakukannya pada 1977.

Penampilan hebat Ronaldo terus memastikan United terus berada pada landasan tepat untuk meraih tiga piala semusim, Liga Perdana Inggeris (EPL), Piala FA dan
Liga Juara-Juara Eropah.

Penyerang Chelsea, Didier Drogba menduduki tempat kedua dengan pemain tengah Manchester United, Paul Scholes menduduki tempat ketiga dalam kategori anugerah senior.

Pemain veteran Manchester United, Ryan Giggs yang menang anugerah itu tahun lalu, Steven Gerrard yang beraksi bersama Liverpool dan pemain tengah Arsenal berusia 19 tahun, Cesc Fabregas turut tersenarai bagi merangkul anugerah itu.

Setakat ini, Ronaldo yang menjaringkan 16 gol sepanjang kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini, berkata kemenangan itu ialah penghormatan besar baginya yang dipilih daripada kalangan rakan seperjuangan yang lain.

“Ini malam istimewa. Ia menakjubkan dan satu penghormatan besar kepada saya untuk memenangi trofi seperti ini dalam EPL. Saya gembira.

“Rakan saya memilih saya kerana mereka tahu kualiti pemain lain.

“Saya mahu terus bekerja keras dan mendapat tempat lebih baik kerana kejayaan trofi ini memberikan motivasi kepada saya.

“Saya begitu konsisten sekarang. Saya lebih matang dan mahu beraksi lebih baik.

“Semuanya berjalan lancar musim ini. Saya masih muda dan memerlukan banyak pembelajaran setiap hari,” katanya.

Fabregas meraih gelaran di tempat kedua kategori pemain muda terbaik dengan pemain sayap Tottenham yang berusia 20 tahun, Aaron Lennon meraih tempat ketiga.

Rakan sepasukan Ronaldo, Wayne Rooney juga disenaraikan bersama-sama penyerang Reading, Kevin Doyle, 23, dan pertahanan Manchester City yang berusia 18 tahun Micah Richards.

Manchester United mendahului EPL dengan lapan daripada pemainnya diumumkan pasukan EPL tahunan dan pengurus Sir Alex Ferguson pula dianugerahkan PFA Anugerah Merit Khas. - Agensi


manchesterunited 4/23/2007 01:50:00 PM
_________________

Sunday, April 22, 2007
MANCHESTER: Sir Alex Ferguson yakin aksi antara Cristiano Ronaldo dan Kaka pada perlawanan Manchester United menentang AC Milan di separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah, esok, bakal menjadi pertembungan pemain terbaik dunia.

Pengurus Manchester United itu mengenepikan perancang Brazil itu selaku pemain menyerlah bersama skuad Serie A mengatasi pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu yang mahu terus
mengekalkan cabaran mereka menguasai tiga saingan piala kejuaraan.

Pengurus Scotland itu yakin kemampuan Ronaldo musim ini membuktikan pemain sayap Portugal itu selaku pemain berbakat nombor satu sukan itu.

Ferguson, memberi amaran skuadnya tidak boleh memberi tumpuan mengekang Kaka jika mereka mahu mengekalkan harapan terus mengenepikan kelab Itali selepas mencatat kemenangan hebat aggregat 8-3 mengatasi AS Roma.

United tewas kepada skuad Carlo Ancelotti pada peringkat suku akhir dua musim lalu tetapi Ferguson yakin skuadnya semakin meningkat sejak kekalahan itu.

“Saya tidak bersetuju apabila orang mengatakan Ronaldo dan Kaka ialah dua pemain terbaik di dunia sekarang,” katanya.

“Tetapi Milan mempunyai ramai pemain yang bagus. Paolo Maldini pemain hebat manakala Clarence Seedorf pernah menang tiga kali dengan tiga pasukan berbeza.

“Mereka memiliki kekayaan pengalaman dalam pasukan itu. Tapi, saya merasakan kami berada pada tahap lebih baik berbanding perlawanan yang pernah kami lalui sebelum ini”. - Agensi


manchesterunited 4/22/2007 07:53:00 PM
_________________

Fergie anggap pertemuan dua pemain terbaik dunia Rabu ini

MANCHESTER:
Sir Alex Ferguson percaya pertembungan antara Cristiano Ronaldo dan Kaka pada perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah antara Manchester United dan AC Milan adalah pertarungan antara dua pemain terbaik dunia.

Pengurus United itu menamakan perancang Brazil itu sebagai pemain terbaik di Milan, ketika pasukannya sendiri sedang memburu tiga kejuaraan musim ini.

Malah pengurus Scotland itu juga yakin aksi Ronaldo musim ini, membuktikan pemain sayap Portugal itu kini adalah pemain terbaik dunia.

Ferguson bagaimanapun,mengingatkan pasukannya untuk tidak hanya memberi tumpuan terhadap Kaka jika mereka mahu mengulangi kejayaan menewaskan satu lagi pasukan Itali
selepas menyingkirkan Roma 8-3 dari segi agregat.

United tewas kepada pasukan bimbingan Carlo Ancelotti di suku akhir, dua musim lalu
tetapi Ferguson yakin pasukannya sudah meningkat sejak kekalahan itu.

“Saya akan bersetuju jika orang mengatakan Ronaldo dan Kaka adalah dua pemain terbaik dunia ketika ini.

“Tetapi Milan juga mempunyai ramai pemain lain yang bagus, Paolo Maldini ialah seorang pemain hebat dan Clarence Seedorf sudah menjuarai Liga Juara-Juara tiga kali dengan tiga pasukan berbeza.

“Milan ialah pasukan berpengalaman, tetapi saya yakin kami akan beraksi lebih dari ketika kali terakhir kami bertemu mereka, ” kata Ferguson.

Ferguson yakin Ronaldo yang kini matang permainannya adalah punca pasukannya mampu menjaringkan lebih banyak gol musim ini dari dua tahun lalu, walaupun bahagian serangan ketika itu diterajui Ruud Van Nistelrooy yang meninggalkan United untuk beraksi bersama Real Madrid.

“Kebanyakan pemain musim ini menjaringkan gol, Ronaldo sudah menjaringkan 21 gol, Wayne Rooney 20, Louis Saha 13 dan Ole Gunnar Solskjaer 11. Ini adalah jumlah yang tinggi, ” kata Ferguson.

Bagaimanapun, Ferguson mengatakan dia akan berpuas hati jika hanya berjaya menang satu piala musim ini walaupun mereka sedang memburu tiga kejuaraan musim ini.

Ferguson juga memuji aksi mantap Michael Carrick bersama United walaupun ini adalah musim pertama bersama United.

“Secara fizikal, dia sudah meningkat dan anda dapat melihat kekuatan dalam dirinya kini. Bagi saya beberapa minggu kebelakangan ini, dia beraksi dengan mantap setiap kali diturunkan,” kata Ferguson. – AFP


manchesterunited 4/22/2007 07:33:00 PM
_________________

Saturday, April 21, 2007
Nasib MU,Liverpool, Arsenal berbeza

LONDON: Gol Mark Viduka pada lewat babak pertama memaksa Manchester

United sekadar berpuas hati dengan keputusan seri 1-1 di Old Trafford, awal pagi tadi.

Ia sekali gus menghangatkan lagi perebutan gelaran Liga Perdana Inggeris kerana andainya Chelsea mengatasi Newcastle, malam ini, skuad Alex Ferguson akan hanya mempunyai kelebihan satu mata ketika saingan berbaki empat perlawanan.

Sementara itu, Liverpool menundukkan Wigan Athletic 2-0, Tottenham Hotspur mencuri satu mata ketika seri 2-2 dengan Arsenal dan Watford sah tersingkir daripada Liga Perdana
Inggeris, dalam aksi awal, malam tadi.

Liverpool, menduduki tempat ketiga liga dan bersiap untuk aksi separuh akhir pertama Liga
Juara-juara Eropah di Chelsea, mengesahkan kejayaan dengan gol pada setiap babak perlawanan menerusi penyerang Belanda, Dirk Kuyt.

Kemenangan itu membuka jurang kelebihan empat mata mengatasi Arsenal,yang hampir menang 2-1 di White Hart Lane sebelum pemain tengah Spurs,Jermaine Jenas meledakkan gol penyamaan pada minit kelima masa kecederaan.

Kelab terbawah, Watford terbabit dalam satu daripada tiga perlawanan yang berakhir dengan keputusan 1-1, tetapi ia tidak cukup untuk menghidupkan saki baki harapan kerana mereka
sepatutnya melakar kemenangan ke atas Manchester City.

Saingan untuk mengelak ditimpa nasib sama seperti Watford tambah sengit selepas West Ham United menewaskan Everton 1-0 dan Charlton Athletic seri 1-1 dengan kelab dalam situasi sama, Sheffield United.

Dalam perlawanan awal semalam, Jenas memastikan minggu penuh berliku Arsenal
berterusan ketika jaringan dramatiknya pada masa tambahan memberikan Spurs keputusan seri 2-2 .

Arsenal sebelumnya memadam gol pendahuluan Robbie Keane dengan jaringan Kolo Toure sebelum penyerang antarabangsa Togo, Emmanuel Adebayor menjelmakan kelebihan yang
bagaimanapun hilang akibat jaringan Jenas.

Wenger kini harus menunggu sedikit masa lagi untuk melihat sama ada pasukannya mampu
layak ke Liga Juara-Juara Eropah tahun depan. – AFP


manchesterunited 4/21/2007 07:21:00 AM
_________________

Tuesday, April 17, 2007
Ronaldo,Drogba calon terbaik EPL

LONDON – Pendahulu penjaring terbanyak bola sepak Liga Perdana
England (EPL), Didier Drogba dan Cristiano Ronaldo ialah antara pemain asing yang dicalonkan bagi anugerah Pemain Terbaik Persatuan Bola Sepak Profesional (PFA).

Ryan Giggs, Paul Scholes, Steven Gerrard dan Cesc Fabregas turut termasuk dalam senarai seperti yang dikeluarkan oleh PFA, sebuah kesatuan bagi pemain bola sepak di England.

Drogba, penyerang Chelsea dan Ivory Coast mendahului EPL dengan 18 gol musim ini.

“Didier pastinya pemain terbaik dan paling konsisten Chelsea musim ini,” kata ketua eksekutif PFA, Gordon Taylor. “Dia bermain di samping sebegitu ramai pemain handalan di Stamford Bridge,” katanya.

Ronaldo dengan 16 gol liga, turut cemerlang di Manchester United selepas membantu Portugal meraih tempat keempat dalam Piala Dunia 2006.

Sayap berusia 22 tahun ini, dicalonkan di samping rakan sepasukan Giggs dan Scholes, menjadikan United satu-satunya pasukan yang mendapat lebih daripada satu pencalonan.


manchesterunited 4/17/2007 08:14:00 PM
_________________

Rio dijamin boleh beraksi kembali

LONDON – Benteng Manchester United dan England, Rio Ferdinand diberi
jaminan bahawa kecederaan pangkal paha yang dialaminya pada separuh akhir Piala FA ke atas Watford, Sabtu lalu, kurang serius daripada yang dikhuatiri mulanya.

Ferdinand terhincut-hincut ketika babak pertama perlawanan itu, menambah senarai pemain United yang tercedera meliputi Gary Neville,Nemanja Vidic, Mikael Silvestre dan John O’Shea.

Pemain itu khuatir dia akan diketepikan dalam tempoh yang lama tetapi pemeriksaan awal membuktikan sebaliknya.

Ferdinand dijangka cergas sepenuhnya bagi perlawanan liga Sabtu ini menentang Middlesbrough tetapi jurulatih Sir Alex Ferguson tidak mengetepikannya daripada terlibat dengan perlawanan menentang Sheffield United di Old Trafford, Selasa ini.

Begitu juga dengan John O’Shea yang terlepas perlawanan Sabtu lalu akibat kecederaan pergelangan tangan yang kecil.

Sekiranya Ferdinand atau O’Shea tidak dapat bermain menentang Sheffield, Ferguson bakal berdepan dilema mengenai siapa yang wajar mengisi slot bek kanan itu.

Darren Fletcher menjadi pilihan untuk mengekalkan peranan itu selepas bermain baik sebagai pengganti terdesak bagi Ferdinand di bahagian benteng yang menyaksikan Gabriel Heinze bergandingan dengan Wes Brown selaku bek tengah.

Satu-satunya pilihan lain yang ada ialah menyerahkan pemain Ireland berusia 18 tahun, Craig Cathcart bermain buat kali pertama.

Biasanya sebagai bek tengah, Cathcart mengagumkan pada peringkat akademi dan pasukan simpanan penggal ini dan menjadi tonggak kemaraan United ke perlawanan akhir Piala Belia.

– AFP


manchesterunited 4/17/2007 07:06:00 PM
_________________

Monday, April 16, 2007
Giggs ajak rakan tempa nama dalam sejarah

MANCHESTER: Ryan Giggs menggesa rakan sepasukan dalam skuad Manchester United yang memburu tiga kejuaraan musim ini supaya cuba mencatat nama dalam tinta sejarah apabila kelab bimbingan Sir Alex Ferguson itu kembali memberi tumpuan terhadap saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).


Selepas mengesahkan tempat ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah dengan AC Milan dan tempat di perlawanan akhir Piala FA, United kini berharap dapat kembali melebarkan jurang di tangga teratas liga apabila menerima kunjungan Sheffield United di Old Trafford, hari ini.

Kemenangan akan membolehkan pasukan bimbingan Ferguson melebarkan jurang enam mata dengan pasukan tangga kedua Chelsea, yang akan bertemu seteru London, West Ham di Upton Park, malam esok.

Bagi Giggs, yang menganggotai skuad United ketika menjuarai tiga piala pada 1999,
pasukannya kini berada di kedudukan baik untuk mengulangi kejayaan gemilang lapan tahun lalu itu.

“Berdasarkan tahap permainan yang dipamerkan kini, pasukan kami musim ini mampu mengulangi kejayaan treble, kami harus meneruskan rentak kemenangan yang akan membina
keyakinan kami dengan lebih baik,” kata pemain sayap Wales itu. - AFP


manchesterunited 4/16/2007 10:05:00 AM
_________________

Sunday, April 15, 2007

Fergie Tips Ronaldo For Greatness

Sir Alex Ferguson has urged Cristiano Ronaldo to use his five-year contract with Manchester United to prove he should be bracketed alongside the all-time legends of the game.

Despite constant speculation about a world-record move to Real Madrid or Barcelona, Ronaldo has opted to remain with the Old Trafford outfit, extending his stay until 2012.

While the deal had been largely anticipated, and will rocket Ronaldo into the Red Devils' top earnings bracket, it has provided the perfect backdrop to United's assault on the Treble, which continues with an FA Cup semi-final against Watford at Villa Park on Saturday.

Three points clear in the Premiership and a two-legged encounter with AC Milan away from a Champions League final, Ronaldo has been a major factor behind United's success this term.

The Portugal winger took his goals tally to 20 with a double in the midweek rout of AS Roma
and such has been the consistency of his game this season, many pundits now believe he is currently the best player on the planet.

Team-mate Patrice Evra went even further this week, claiming Ronaldo had the ability to make the same impact as Pele and Maradona, widely accepted to be the best two players ever to grace the game.

Rather than shy away from the comparisons, Ferguson embraced them and does not necessarily feel the 22-year-old, who is about to complete his fourth season at Old Trafford, will fail to match them.

"At 22, he has the same skill factor as Maradona and Pele," said Ferguson.

"He is one of the best signings I have ever made. The measurement of his improvement this year is astronomical.

"In terms of top-flight football, where do you find a winger who has scored 20 goals. It is incredible.

"Without question, Cristiano is getting to the level of best player in the world.

"Thereafter, it is up to others to decide whether he is as good as Maradona and Pele. That is the challenge in front of him now."

Given stellar talents such as Zinedine Zidane, Johann Cruyff and George Best did not quite manage to climb into bracket reserved for the very elite, Ronaldo's task to do so is enormous.

As Ferguson pointed out, Pele's three World Cup final wins and 1300 career goals overshadows everyone, while Maradona's brilliance as the decisive factor in Argentina conquering the world in 1986.

Yet superlatives are starting to run out for Ronaldo, who began the campaign under such a cloud after the adverse publicity he received following his part in England's World Cup demise, Ferguson felt it necessary to have a chat with the youngster about his future.

"We had dinner with him in Portugal and stressed this had happened before to David Beckham," revealed the Scot.

"It is a seven-day wonder really.

"There is nothing wrong with booing. We get booed at most places. But he had the nerve to handle it. He still gets a bit of it but that is only because he is a great player."

Admitting his irritation with the presidential electioneering at Real and Barcelona which gave way to fears there may be substance in the rumours swirling out of Spain that Ronaldo was indeed bound for a better climate than Manchester has to offer,Ferguson also expressed supreme confidence Ronaldo has made a wise decision to stay where he is.

"He is happy here," he said.

"He can see his career has risen here. He is playing in front of 76,000 people every home game. These are important factors.

"There was no reason for him to think about leaving, other than thefact people perceive Real Madrid as a club for galacticos, or whatever they call them.

"They have this notion about themselves and Barcelona are a fantastic club too but I can't say they are miles in front of Manchester United.

"Most people recognise we are one of the biggest clubs in the world and we believe Cristiano is in the right place."

Watford boss Adrian Boothroyd is the next man to try to find a way of stopping Ronaldo, who is bound to figure in a United side which will be bolstered by the return of Paul Scholes from suspension.

Given Scholes is being introduced to a side which hammered seven past Roma in midweek, it is hardly a surprise the Hornets are being totally written off.

Ferguson is too canny to take anything for granted. However, having won all seven of his previous FA Cup semi-finals, it would rank among the tournaments biggest upsets if the run came to an end this weekend.

"We respect Watford," he said.

"They have a good manager, an honest bunch of players and a bit of pace up front.

"But I have never lost a semi-final and hopefully that statistic still holds on Saturday night."



manchesterunited 4/15/2007 04:46:00 PM
_________________

Fergie marvels at wonder Wayne

Sir Alex Ferguson described Wayne Rooney's performance as "out of this world" after his Manchester United team reached the FA Cup final.Two goals from Rooney and one each from Cristiano Ronaldo and Kieran RichardsonWatford in a compelling semi-final at Villa Park.

gave United a 4-1 victory against

And while Rio Ferdinand limped off with a groin injury to compound United's defensive problems,Ferguson was delighted after a week in which United also reached the
semi-finals of the Champions League.

Ferguson said: "The quality of our game when in possession was fantastic.

"We could have scored more goals but Rooney today was absolutely out of this world. He was fantastic. It's been a great week for us.

"Rooney was aggressive and determined and scored two more goals. He's now got 18 goals and Ronaldo has 21. That's something special for two young lads."

Ferguson admitted he had to jig around his formation to leave Rooney out wide with Ryan Giggs playing through the middle behind striker Alan Smith.

"Smith has breathed fresh life into the side," Ferguson added.
"He's been incredible. I've had to organise the team to suit the talents.

"Ryan is definitely suited to playing the role he played. Wayne has no problem with that. We know his best position is through the middle but he scored two good goals today because he was constantly running inside people."

But if Rooney and Ronaldo once more took the attacking plaudits then the display of Gabriel Heinze and Wes Brown in central defence after Ferdinand had limped off delighted Ferguson just as much.

He added: "Watford ask questions of you. They are honest, aggressive, brave players.

"They ask the question 'Are you going to stick your head in, because I am?' We passed that test and I was pleased with that.

"It was a blow when Ferdinand went off because we feared the worse at that stage. We are down to the bare bones defensively at the moment but we had the courage of Heinze and Brown."

Ferguson, who has won eight FA Cup semi-finals, also revealed he had been educating his foreign players on the magic of Wembley.

He said: "It's been a great tournament for me. That dressing room tonight, the atmosphere is special. It's fantastic. I've been telling Heinze and Evra and the others all about it and when they go they'll realise why everyone talks about Wembley.

"We've had to endure two replays and some scary moments this season. But we've played all Premiership opposition and not had any easy ties. We can take credit for that."

Hameur Bouazza scored an acrobatic equaliser for Watford to give them early hope and manager Aidy Boothroyd insisted the scoreline flattered United.

He said: "I asked for them to come off the pitch letting them know Manchester United had been in a game and we did that.

"We had them rattled at 2-1 but the way they play you are at your most vulnerable when you have got the ball.

"I am disappointed to go out but they were too strong. They can counter attack very quickly and have some wonderful players.

"But it was not as one-sided as the scoreline suggests. We had a game plan to frustrate and upset them and that proved to be the case."


manchesterunited 4/15/2007 08:50:00 AM
_________________

Saturday, April 14, 2007
Ronaldo: United Right For Me

Cristiano Ronaldo assured Sir Alex Ferguson all along his long-term future lay with Manchester United.


After months of speculation linking the brilliant Portugal winger with a move to Real Madrid or Barcelona, Ronaldo has signed a five-year contract extension that will keep him at Old Trafford until 2012.

Such was the constant drip-feed of rumour swirling out of Spain that even Ferguson admitted he was slightly concerned by the end.

However, Ronaldo, who will be a key figure in United's bid to reach the FA Cup final at the expense of Watford at Villa Park on Saturday evening, revealed he told the Scot several times he never had any intention of leaving.

"We spoke about a new contract every week," United's top scorer said.

"I told the boss all the time I wanted to stay here. Now we have concluded the deal and I have signed.

"I am at the right club. I am happy with my colleagues, my friends and my coaches.

"I have learned a lot already but I still have more to learn and I just want to keep going.

"I want to win more trophies here and, hopefully, I can do that this season."

Ronaldo's progress since arriving at Old Trafford from Sporting Lisbon as an 18-year-old has been astounding.

Already hailed by his team-mates as the best player in the world,Ferguson is now willing to accept the Madeira-born star, who cost a bargain £12million, could go on to become one of the all-time greats.

"At 22, he has the same skill factor as Maradona and Pele," said Ferguson.

"He is one of the best signings I have ever made. The measurement of his improvement this year is astronomical.

"In terms of top-flight football, where do you find a winger who has scored 20 goals? It is incredible.

"Without question, Cristiano is getting to the level of best player in the world.

"Thereafter, it is up to others to decide whether he is as good as Maradona and Pele. That is the challenge in front of him now."

It is a challenge team-mate Ryan Giggs feels Ronaldo is capable of meeting.

The Welshman has seen plenty of talented players pass through Old Trafford during his own stellar career.

But he senses something different in Ronaldo and particularly admires the way he faced down the adverse publicity surrounding his part in England's World Cup exit.

"Sometimes situations like that make you as a player," Giggs said.

"You have seen that many times, especially at this club. It can drive you on.

"It is all about individual characters and the determination within themselves. Cristiano has shown that this season.

"The booing seems to have stopped to a certain extent because people respect the way he plays the game and respect the ability he has.


manchesterunited 4/14/2007 04:40:00 PM
_________________

BIRMINGHAM (England): Patrice Evra memberi amaran kepada rakan sepasukannya dalam Manchester United bahawa musim ini mungkin berakhir dengan tangisan jika mereka membiarkan diri terus dibuai kegembiraan menumpaskan AS Roma.

Empat hari selepas menggemparkan dunia bola sepak Eropah apabila mematikan langkah kelab Itali itu dengan kemenangan 7-1 dalam Piala Juara-Juara, United akan berdepan dengan pasukan Watford pada peringkat separuh akhir Piala FA di Villa Park hari ini.

Kelab pimpinan Alex Ferguson yang memburu tiga gelaran pada musim ini, kelihatan tidak bermasalah menumpaskan kelab tangga terbawah Liga Perdana Inggeris (EPL) itu bagi membolehkan United menjulang piala itu buat kali ke-12.

Bagaimanapun Evra, pemain antarabangsa dari Senegal, memberi amaran, pasukan yang merajai EPL berada dalam kedudukan bahaya kerana masih belum menang satu pun piala
meskipun sudah berada dalam landasan untuk merampas Piala FA, Liga Juara-Juara dan EPL.

“Perlawanan esok (hari ini) agak sukar. Kita perlu pulih sepenuhnya selepas menewaskan Roma kerana ketika ini semua pemain kelihatan terlalu yakin.

“Keadaan ini amat bahaya kerana selepas mereka melihat kita menang 7-1 ke atas Roma, mereka sudah menyatakan kita akan berjaya memenangi Piala Juara-Juara,” kata
pemain pertahanan itu yang menjaringkan gol ketujuh United.

“Kita sepatutnya tidak hilang tumpuan dan berusaha keras untuk menamatkan musim ini dengan baik. Benar kita pasukan pilihan untuk menewaskan Watford tetapi kerana itulah kita berada dalam kedudukan bahaya.

“Semua kelihatan sudah menyatakan United adalah pasukan hebat dan akan menang semuanya. Hakikat sebenarnya kita belum menang dan sikap terlalu yakin itu bakal mengundang padah,” katanya.

Evra baru berusia 18 tahun apabila kali terakhir Ferguson menerajui United untuk meraih gelaran berganda pada 1999.

Bekas pemain Monaco dan Nice itu berkata, adalah suatu yang sukar untuk dipercayai jika United menamatkan musim ini dengan tiga piala dalam almarinya pada bulan depan.

Bagaimanapun, pemain berusia 25 tahun itu berkeyakinan pasukannya mampu melakukannya jika semua pemain benar-benar fokus.

“Jika United mempersembahkan permainan seperti yang dipamerkan ketika menentang Roma, kita pasti akan berjaya,” katanya. - AF


manchesterunited 4/14/2007 04:35:00 PM
_________________

Thursday, April 12, 2007

Ferguson tabik EPL

LONDON: Pengurus Manchester United, Alex Ferguson menganggap Liga Perdana Inggeris (EPL) sebagai liga terbaik di Eropah berikutan kejayaan skuadnya membelasah AS Roma dan salah satu daripada tiga pasukan yang mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah.

Juara 1999 itu menempah slot pada peringkat empat pasukan bersama Chelsea dan Liverpool selepas membenam kelab Itali itu 7-1 untuk mencatat kemenangan 8-3 secara agregat, semalam.

Michael Carrick (dua), Cristiano Ronaldo (dua), Wayne Rooney, Alan Smith dan Patrice Evra menjaringkan gol dalam perlawanan istimewa di Old Trafford untuk menanti pemenang antara AC Milan atau Bayern Munich.

Pengurus United, Ferguson berkata: “Fakta tiga pasukan Inggeris berada pada separuh akhir menjadikan liga kami yang terbaik di Eropah. Enam atau tujuh tahun lalu, Sepanyol yang terbaik.

“Bukti musim ini menunjukkan Barcelona dan Real Madrid tidak berada hampir sepertimana mereka pada tahun-tahun sebelum itu. Sifat semulajadi kompetitif dan kualiti permainan bola sepak Inggeris meningkat sejak beberapa musim lalu.”

Jaringan Carrick pada minit ke-11 merubah rentak perlawanan dan ia menjadi kemenangan terbesar United di Eropah sejak 1968 apabila mereka mengatasi kelab Republik Ireland, Waterford dengan jaringan yang sama.

Ferguson berkata: “Kami tidak menjangka menang 7-1 tetapi kualiti permainan kami sangat tinggi. Ia prestasi hebat. Kepantasan permainan serta membolos benteng lawan cemerlang.

“Ia malam yang istimewa dan setiap jaringan kami begitu berkualiti. Kami melakukan tugas dengan baik menentang pasukan yang bagus. Jaringan gol memberi keyakinan beraksi di Roma dan ia sudah tentu malam terbaik bola sepak Eropah yang pernah kami nikmati di sini (Old Trafford). Kedudukan jaringan memberitahu anda mengenainya”.

Ferguson yakin sebahagian pemain mudanya mula terasa bermain dengan lebih selesa dalam arena Eropah. Dia berkata: “Pengalaman menentang AC Milan beberapa tahun lalu begitu mengecewakan. Kami tahu kami mampu beraksi baik.

“Ronaldo dan Rooney mendapati ia sukar tetapi menentang Roma mereka bermain seperti lelaki sebenar.”

Ferguson menghamburkan pujian kepada bekas penyerang Leeds, Smith, yang menyaksikan kemajuannya dicemari dengan kecederaan. Dia berkata: “Ia sesuatu yang hebat baginya. Dia berhak berbanding orang lain”. - Agensi

Jaringan gol dalam perlawanan ini



manchesterunited 4/12/2007 04:32:00 PM
_________________

Wednesday, April 11, 2007
Man U vs Roma 7-1

MANCHESTER: Selepas berjaya membenamkan Roma dengan kemenangan bergaya 7-1 semalam, pengurus pasukan Manchester United, Alex Ferguson, semakin yakin anak didiknya mempunyai segala ramuan untuk merampas tiga gelaran musim ini.


Dia menganggap perlawanan semalam adalah persembahan paling hebat Eropah yang pernah disaksikan di Old Trafford dan kejayaan itu membolehkan United mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah.

United ketinggalan 2-1 dalam perlawanan pusingan pertama suku akhir tetapi mereka menidakkan Roma dengan tiga gol hanya dalam masa tujuh minit separuh masa pertama.

Keyakinan pemain semakin terserlah selepas itu dan mereka terus menggempur Roma untuk meraih kemenangan terbesar United musim ini.

Persembahan mantap pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu menyaksikan mereka menang dengan agregat 8-3 dan kini bersedia untuk membaham antara pasukan AC Milan atau Bayern Munich, pertembungan pertama dalam separuh akhir sejak 2002.

Selepas tewas kepada Roma dan Portsmouth minggu lalu, United mulanya kelihatan agak goyah kerana kecederaan Gary Neville, Nemanja Vidic dan Louis Saha, tetapi ia tidak mengganggu rentak kemenangan mereka ke atas pelawat dari Itali itu.

United kini akan mengharungi minggu-minggu terakhir musim EPL dengan semangat baru dan Ferguson semakin yakin skuadnya mempunyai cukup kekuatan untuk mengulangi sejarah 1999 apabila pasukannya mengungguli tiga kejuaraan.

“Ini adalah malam paling hebat di sini. Anda pasti tidak menyangka jumlah jaringan sehingga 7-1. Tetapi apabila bercakap mengenai kualiti permainan kami yang amat tinggi dan apabila menjaringkan dua atau tiga gol, anda sudah boleh merasakan kami dapat melakukan kejutan besar di sini.

“Saya rasa ia adalah malam yang istimewa. Sudah saya katakan, kunci kejayaan pasukan ini adalah mereka yang duduk di bangku simpanan. Pemain berjaya menggalas cabaran mereka.

“Pemain berjaya menyerap tekanan selepas tewas minggu lalu dan diharapkan mereka akan mengekalkan rentak ini,” katanya.

Sebaik sepak mula United kelihatan cukup bertenaga menerusi hantaran mengelirukan dan pergerakan menarik yang akhirnya mampu membenamkan Roma.

Michael Carrick membuka tirai jaringan pada minit ke-12 dengan percubaan jarak jauh cantik manakala Alan Smith mendapat gol kedua lima minit kemudian dengan sepakan deras sempurna.

Gol Wayne Rooney pada minit ke-19 selepas menerima hantaran silang Ryan Giggs, menggamatkan Old Trafford sebelum Ronaldo mengukuhkan cengkaman dengan gol keempat sejurus sebelum tamat separuh masa.

Pemain sayap dari Portugal itu kelihatan berada pada puncak prestasi dan menambah koleksi jaringannya apabila menterjemahkan gol selepas menerima hantaran Giggs pada minit ke-49.

Tidak cukup dengan itu, Carrick menjaringkan gol keenam dengan sepakan deras dari jarak 25 meter dan selepas Daniele De Rossi mendapat gol saguhati untuk Roma, Patrice Evra menyempurnakan kemenangan terbesar United dalam Liga Juara-Juara pada minit ke-81.

Jurulatih Roma, Luciano Spalletti, mengakui beliau amat terkejut dengan persembahan anak
didiknya yang disifatkannya sebagai kurang berpengalaman.

“Tiada siapa yang dapat membayangkan persembahan seperti ini,” katanya ketika terpaksa berdepan kekalahan paling buruk Roma.


manchesterunited 4/11/2007 01:17:00 PM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox