
United lupakan saingan Chelsea
LONDON – Pengurus Manchester United, Alex Ferguson mahu anak-anak buahnya melupakan pencabar utama mereka, Chelsea selepas melihat United menumpaskan Charlton 2-0 untuk kekal di tangga teratas bola sepak Liga Perdana England, kelmarin.
Sebaliknya, jurulatih itu mahu tumpuan utama diberikan kepada perlawanan-perlawanan yang bakal dihadapi oleh pasukan itu dalam usaha memburu kejuaraan.
Kelmarin, bintang tengah Korea Selatan, Park Ji-Sung meletakkan Manchester United di depan pada separuh masa pertama, sebelum gol lewat minit Darren Fletcher memastikan kemenangan 2-0.
United kekal mendahului liga dengan enam mata mengatasi pasukan tangga kedua, Chelsea, yang turut mencatat kemenangan selesa 3-0 ke atas Middlesbrough.
“Kami bermain amat baik dan penuh keyakinan. Kadang kala dalam situasi begini, bagus juga jika memberi kepercayaan kepada pemain muda dan pasukan yang memburu kejuaraan.
“Saya lebih suka jika pemain hanya melihat cabaran yang seterusnya kerana kami bakal mengharungi perlawanan-perlawanan yang akan menjanjikan kejayaan,’’ kata Ferguson.
Dalam pertemuan dengan Charlton, Ji- Sung mengambil alih posisi pemain muda Portugal, Cristiano Ronaldo yang direhatkan kerana mengidap selesema sepanjang minggu ini.
Fletcher pula menggantikan Michael Carrick yang mengalami kecederaan pangkal paha, manakala Tomasz Kuszczak menyarung jersi penjaga gol utama menggantikan Edwin van der Sar yang patah hidung.
Kombinasi Ji-Sung dan Fletcher mempamer aksi memberangsangkan semalam dengan Ji-Sung kali pertama menguji penjaga gol lawan, Scott Carson seawal minit kelima.
Sementara itu pengurus Chelsea, Jose Mourinho mahu pasukannya terus memberi tekanan kepada United dan gembira dengan kemenangan 3-0 yang dicatatkan.
Dua jaringan Didier Drogba dan satu gol sendiri oleh pemain Boro, Abel Xavier di Stamford Bridge melebarkan rekod kemenangan juara bertahan itu kepada lima perlawanan berturut-turut.
“Saya mahu Chelsea menang dan menang dan terus menang kerana memang itulah yang selalu kami lakukan.
“Mulai sekarang, tugas utama pemain-pemain kami adalah meneruskan perkara yang biasa kami lakukan,’’ katanya.
Dalam perlawanan kelmarin, Chelsea turut menyaksikan bintang penyerang mereka, Drogba menyumbat gol ke-25 musim ini, sekaligus meletakkannya di kedudukan teratas senarai penjaring terbanyak liga.
– AFP
Status : married with two daughter
*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja
call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------
Alpha Lipid Lifeline
Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi
&membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit.
Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline
| real estate website design |