Saturday, December 22, 2007
Van der Sar lanjut kontrak

Terus kekal bersama United sehingga Jun 2009

KAPTEN Belanda, Edwin van der Sar menamatkan segala spekulasi mengenai masa depannya di Old Trafford apabila menandatangani kontrak baru selama setahun bersama Manchester United, semalam.

Pengurus United, Sir Alex Ferguson yang turut bersetuju melanjutkan kontrak tiga tahun untuk penyerang Angola, Manucho, menyerahkan Van der Sar perjanjian baru itu yang bakal mengikatnya bersama Red Devils sehingga Jun 2009.

Penjaga gol Belanda itu sebelum ini berhasrat mengundur diri di hujung kempen musim ini, namun Ferguson mengakui bahawa bekas penjaga gol Ajax dan Juventus itu adalah antara pemain penting skuad dan salah seorang yang berpengalaman untuk musim depan.

Katanya: “Edwin menandatangani kontrak baru untuk setahun lagi, jadi dia akan berada di sini pada musim depan, secara keseluruhan sebagai pemain. Kami lega dengan keputusan ini memandangkan dia pemain berpengalaman yang akan terus membantu kelab ini.

“Dia adalah nombor satu ketika ini, jadi dia masih berpeluang menyarung jersi nombor satu untuk musim depan. Namun, Ben Foster akan kembali beraksi selepas rehat panjang berikutan cedera dan saya percaya akan wujud saingan untuk posisi itu.

“Anda tidak boleh mengesahkan posisi pemain dan mengatakan bahawa mereka akan terus berada dalam barisan utama. Bagaimanapun, saya percaya Edwin mahukan nombor satu. Disebabkan itulah dia menyambung kontraknya.

“Tapi, saya juga yakin Ben akan beri cabaran kepada Edwin.”

Keputusan mengejut Ferguson ke atas Manucho, yang perpindahannya bergantung kepada kelulusan permohonan permit kerja, lebih kepada mengukuhkan pelan serangan United menjelang musim perpindahan pemain pada Januari ini.

Namun, dia mengakui bahawa usaha pemain berusia 24 tahun itu ketika sesi percubaan di Old Trafford, baru-baru ini, berjaya mempengaruhi United melengkapkan perjanjian jangka panjang bagi pemain Petro Athletico itu.

Tambah Ferguson: “Kami sudah menilai Manucho di sini selama tiga minggu dan kagum dengan kemampuannya hingga terus menawarkan kontrak selama tiga tahun.

“Dia tinggi, tangkas dan pantas di depan. Berdasarkan kontrak pada Carlos Queiroz, dia berjaya menarik perhatian kami sejak enam bulan lalu.”


manchesterunited 12/22/2007 10:28:00 AM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox