Saturday, December 29, 2007
United mahu kukuh cengkaman liga

LONDON - Louis Saha yakin kekuatan Manchester United ketika ini memberi kelebihan buat pasukan Old Trafford itu untuk menjuarai Liga
Perdana England, musim ini.

Pengurus United, Alex Ferguson merehatkan beberapa pemain utama seperti Carlos Tevez, Ryan Giggs, Anderson dan Patrice Evra ketika menentang Sunderland, Rabu lalu, namun pasukan itu mampu meraih kemenangan 4-0.

Kemenangan itu juga melonjakkan United kembali merampas takhta liga daripada Arsenal.

Hari ini, United yang belum selamat dalam erti kata sebenar kerana berbekalkan kelebihan satu mata mengatasi Arsenal akan berdepan West Ham di Upton Park dan jika menang, anak-anak buah Ferguson akan kekal menghuni tangga teratas.

Walaupun jadual perlawanan akhir tahun ini begitu padat, namun bagi Saha, ia tidak menggugat keupayaan United untuk berdepan dengan lawan.

Saha, penyerang antarabangsa Perancis yang menjaringkan dua gol menentang Sunderland berkata: ‘‘Skuad ini (United) sungguh mengujakan.Kami kuat dalam semua posisi. Malah, pemain yang tidak pernah diturunkan sebelum ini, apabila memperoleh peluang, turut mempamerkan permainan yang mantap. Bagaimanapun kami menyedari halangan-halangan yang tidak disangka terutama dari sudut kecergasan pemain.’’

Arsenal yang gah menerajui liga sebelum ini juga tidak dapat lari daripada menghadapi masalah itu apabila beberapa pemain utamanya menunjukkan tanda-tanda kurang cergas sehingga menyebabkan mereka seri tanpa jaringan ketika menentang Portsmouth, Khamis lalu.

Malah, Gunners juga terpaksa mengerah tenaga tambahan apabila berdepan pasukan yang liat untuk dikalahkan, Everton hari ini.

Malah, tonggak Everton, Tim Cahill mendakwa pasukannya kini menjadi ancaman utama dalam kancah liga dan mereka tidak sabar untuk melayan Arsenal.

‘‘Saya gembira berada dalam posisi sekarang. Apa pun saya juga percaya kami mempunyai peluang untuk menewaskan mereka (Arsenal) esok.

‘‘Kami akan menentang pasukan terbaik. Namun, mereka kelak akan tahu cara kami bermain apabila datang ke sini, esok,’’ kata Cahill.

Sementara itu, Wenger dijangka tidak menurunkan Robin van Persie selepas pemain itu menghadapi masalah ketegangan otot.

Nasib ketua pasukan, William Gallas juga akan diketahui menjelang saat-saat akhir esok.

Sementara itu, pengurus Chelsea, Avram Grant berdepan dengan ujian besar apabila kehilangan ramai tonggak utama apabila berdepan Newcastle, hari ini.

Tanpa John Terry, Didier Drogba, Ricardo Carvalho dan Frank Lampard, jentera The Blues pasti terbatas dan berdepan situasi sukar.

Dalam pada itu, pengurus Liverpool, Rafael Benitez pula tidak mempunyai pilihan melainkan mesti menang dalam pertemuan dengan Manchester City untuk mengekalkan kedudukannya di tangga keempat.

Sekalipun berada di tangga keempat, Benitez masih optimis pasukannya mampu memberikan cabaran untuk memburu kejuaraan liga.

– AFP


manchesterunited 12/29/2007 10:32:00 AM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox