Sunday, December 30, 2007
Tugas besar menanti Ronaldo tahun 2008

MANCHESTER – Cristiano Ronaldo diarah melakukan sesuatu untuk menjadi pencetus inspirasi Manchester United pada tahun ini selepas didakwa sebagai penyebab kekalahan mengejut 1-2 kepada West Ham, Sabtu lalu.

Pemain bintang Portugal itu gagal menyempurnakan sepakan penalti dengan rembatan yang tersasar ketika United mendahului 1-0 di Upton Park menentang pasukan bimbingan Alan Curbishley.

Serangan dramatik pada lewat masa perlawanan oleh pasukan tuan rumah berjaya menewaskan United dan merosakkan penguasaan mereka di takhta liga menjelang tahun baru ini.

Pasukan Alex Ferguson mempunyai peluang untuk bangkit semula di gelanggang sendiri menentang Birmingham pada tahun baru, bagaimanapun pemain tengah dari Scotland, Darren Fletcher menegaskan, Ronaldo mampu menggalas tugas menentang pasukan yang bergelut dalam liga.

‘‘Kekalahan kepada West Ham cukup mengecewakan. Bukan Ronaldo yang patut dipersalahkan akibat kekalahan tersebut. Dia beraksi hebat untuk pasukan dan membantu pasukan memenangi banyak perlawanan serta mata musim ini. Kami masih dalam situasi kemenangan jadi tidak ada kena mengena dengan sepakan penalti Ronaldo penyebab kekalahan.

‘‘Tetapi setiap kali anda kehilangan mata atau tewas, anda perlu bangkit semula dan mencari kemenangan seterusnya. Kami mahu meneruskan kemaraan pada musim cuti Krismas ini dengan kutipan mata penuh dan memberi tekanan kepada pasukan yang berada di bawah tetapi sayangnya ia tidak berlaku.

‘‘Kami perlu bangkit semula ketika menentang Birmingham dan mencari tiga mata serta meneruskan rentak kemenangan. Kami tidak boleh untuk menunggu perlawanan seterusnya datang begitu sahaja,’’ kata Fletcher.

Pemain kebangsaan England, Wayne Rooney dan Michael Carrick kedua-duanya terlepas perlawanan menentang West Ham kerana dijangkiti virus tetapi Ferguson menjangkakan kedua-dua pemain itu akan kembali menentang pasukan bimbingan Alex McLeish di Old Trafford.

‘‘Wayne dan Michael berada dalam keadaan baik. Michael didapati kurang sihat pada Jumaat lalu, doktor telah menemuinya Sabtu lalu dan dia disahkan tidak dapat beraksi.

‘‘Wayne pula dijangkiti pada Jumaat, seperti mana yang berlaku pada Michael, Wayne juga dijangkiti virus. Sedikit kekalutan dalam pasukan menjelang tahun baru ini, beberapa kelab juga dilihat menghadapinya tetapi saya berharap mereka bersedia untuk perlawanan Selasa ini,’’ kata Ferguson.

– AFP


manchesterunited 12/30/2007 10:33:00 AM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox