Saturday, November 3, 2007
Arsenal sudah jaring 22 gol manakala United hanya bolos 4

LONDON: Kekentalan benteng pertahanan mungkin menjadi penentu kepada keputusan pertemuan dua pasukan paling agresif dalam melancarkan serangan di Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United dan Arsenal, hari ini.

Arsenal menjaringkan 22 gol sepanjang kempen belum kalah musim ini, lebih tiga gol daripada juara bertahan, United, tetapi skuad Gunners berhadapan ujian besar apabila berhadapan kubu United yang hanya bolos empat kali dalam 11 perlawanan EPL.

United mempunyai peluang mengatasi rekod Chelsea yang hanya bolos 15 gol dalam saingan EPL 2005 andai gawang mereka tidak dibocori pada pertemuan dengan Arsenal hari ini.

Jika dapat menahan Arsenal daripada menjaringkan gol, ia kali kelapan United tidak dibolosi musim ini manakala kehadiran Carlos Tevez dan Wayne Rooney di barisan hadapan memberikan peluang yang lebih cerah untuk mereka mencatatkan sembilan kemenangan berturut-turut dalam saingan liga.

"Di bahagian pertahanan, kami amat mementingkan misi mempertahankan gawang daripada dibolosi, sama seperti keazaman penyerang kami yang mahu menjaringkan gol," kata pertahanan United, Nemanja Vidic.

"Arsenal akan menjadi ujian besar, tetapi saya percaya kami mampu menghalang mereka."

Tetapi, tiada pasukan yang mampu menghalang Arsenal setakat musim ini.

Skuad Gunners menjaringkan gol dalam semua 17 perlawanan mereka di semua peringkat kejuaraan dan tidak pernah tewas sejak April lalu.

Pemain tengah, Cesc Fabregas menjaringkan 10 gol setakat ini dan pasukan muda Arsenal sudahpun melepasi satu ujian sukar apabila seri 1-1 di Liverpool, hujung minggu lalu.

"Saya tahu mereka akan bekerja keras," kata pengurus United, Alex Ferguson.

United akan kekal menurunkan pilihan utama mereka di posisi pertahanan tengah, Vidic dan Rio Ferdinand, selain tampak pasti mengekalkan Wes Brown di pertahanan kanan meskipun kapten pasukan, Gary Neville, kembali beraksi mewakili pasukan simpanan, Khamis lalu, selepas pulih daripada dibelenggu kecederaan buku lali.

Paul Scholes sah tidak diturunkan, tetapi pemain tengah, Michael Carrick, penyerang Louis Saha dan pertahanan Patrice Evra mungkin beraksi selepas pulih daripada kecederaan ketika Ferguson mencongak strategi menyenaraikan barisan terkuatnya musim ini.

Arsenal mempunyai kubu ketiga terkuat liga di belakang United dan pasukan di tangga keenam, Liverpool, yang beraksi di Blackburn dalam salah satu daripada lapan perlawanan hari ini.

Dengan Philippe Senderos tidak beraksi kerana kecederaan belakang badan, pengurusnya, Arsene Wenger tampak sedia menggandingkan Kolo Toure dan William Gallas di posisi pertahanan tengah selepas kedua-duanya tidak diturunkan ketika menang 3-0 ke atas Sheffield United pada perlawanan Piala Liga Inggeris, pertengahan minggu ini.

Sesatunya pemain yang cedera adalah penyerang Robin van Persie, justeru Wenger perlu membuat keputusan sama ada menurunkan Theo Walcott atau membiarkan Emmanuel Adebayor bermain berseorangan di bahagian hadapan.

"Senderos dan Van Persie berkongsi nasib sama," kata Wenger. "Pemain lain boleh diturunkan."

United menjaringkan empat gol dalam setiap empat perlawanan terakhir mereka - kali pertama mereka melakukannya dalam tempoh 100 tahun - bersedia menebus kekalahan 1-2 mereka di Stadium Emirates, musim lalu. - AP


manchesterunited 11/03/2007 08:33:00 AM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox