Saturday, August 11, 2007
Tugas berat menanti United – Vidic

MANCHESTER, England – Pemain pertahanan Manchester United dari Serbia, Nemanja Vidic mengingatkan rakan sepasukannya supaya terus mempertingkatkan permainan masing-masing jika mahu mempertahankan kejuaraan Liga Perdana England musim ini.

United membuka kempen musim 2007/2008 dengan menentang Reading di Old Trafford hari ini selepas mendapat khidmat empat pemain baru, Owen Hargreaves, Anderson, Nani dan Carlos Tevez.

Bagi Vidic, kemasukan pemain baru itu tidak akan membawa apa-apa makna jika pemain sedia ada masih berada pada prestasi lama.

‘‘Kami perlu meningkat di semua posisi. Jika mahu merangkul lagi kejuaraan liga dan layak ke final Liga Juara-Juara Eropah, semua pemain perlu meningkat setapak ke hadapan.

‘‘Kami perlu lebih baik musim ini. Kalau mutu sama saja seperti musim lalu, alamatnya kempunan kami untuk muncul juara liga.

‘‘Ini kerana saingan makin hebat terutama dengan kehadiran lebih ramai pemain yang berkualiti di sini,” tegas Vidic.

Anak buah Alex Ferguson merampas kejuaraan liga daripada Chelsea musim lalu sekaligus menyekat pasukan Jose Mourinho itu daripada mencatat hatrik.

Vidic yang berpasangan mantap dengan Rio Ferdinand sebagai tonggak di benteng pertahanan United percaya pencabar seperti Chelsea, Arsenal dan Liverpool juga menyedari keadaan ini.

‘‘Setiap perlawanan menentang kelab tersebut sama sukarnya dengan kelab lain. Oleh itu fokus kepada diri sendiri adalah lebih baik,” tegasnya.

Mengenai Teves yang berjaya dibawa masuk dalam pasukan United, Vidic berkata, ia memberi satu lagi kelebihan kepada kelabnya.

Bagaimanapun Tevez tidak akan diturunkan menentang Reading tetapi dijangka sedia untuk perlawanan menentang Manchester City, minggu depan.

‘‘Tevez seorang pemain yang bagus. Memiliki gerakan badan yang menarik dan masih muda usianya.

‘‘Sudah tentu gandingannya bersama Wayne Rooney akan menghasilkan kuasa serangan yang bertenaga,” jelasnya.

– AFP


manchesterunited 8/11/2007 11:55:00 AM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox