Thursday, August 9, 2007
Kelab sama diramal ungguli EPL

LONDON:Sembilan puluh hari selepas kempen musim lalu berakhir dan kontroversi West Ham terlepas daripada tersingkir dari Liga Perdana Inggeris (EPL), musim baru bermula hujung minggu ini dengan harapan lebih tinggi dan pasukan sama dijangka akan mengulangi kejayaan.

Rekod perbelanjaan musim ini mencapai lebih 350 juta pound (RM2,450 juta) tetapi masih lagi Manchester United dan Chelsea menjadi pilihan untuk menjulang kejuaraan.

United yang menewaskan Chelsea menerusi sepakan penalti dalam Perisai Komuniti minggu lalu akan memulakan aksi musim ini bertemu Reading, Ahad ini.

Pengurus United, Alex Ferguson berharap pasukannya akan dapat mengulangi pencapaian 12 bulan lalu apabila pasukannya memulakan 10 perlawanan pertama dengan mencatat 25 mata.


Selepas melepasi harapan musim lalu, Reading mungkin mendapati saingan musim ini lebih mencabar dan pasti tidak dapat mencari permulaan yang sukar.

Ketika Ferguson mempunyai pilihan pemain serangan yang banyak, rakan sejawatnya di Chelsea, Jose Mourinho berharap dia mempunyai 16 pemain cergas untuk perlawanan pembukaan Ahad ini apabila berdepan pasukan yang baru naik ke EPL, Birmingham City.

Chelsea memulakan kempen dengan senarai kecederaan yang panjang dengan lebih dari sedozen pemain berada di bilik rawatan minggu ini dan Mourinho berharap muka baru seperti Steve Sidwell dan Tal Ben-Haim bersedia melakukan penampilan yang meyakinkan.

Jadual Ahad ini juga merangkumi perlawanan sejiran London antara Arsenal dan Fulham dan pasukan tuan rumah, Arsenal pasti mahu mencari tanda positif pada perlawanan pertama tanpa Thierry Henry.

Sepak mula pertama musim ini ialah di Sunderland yang meraikan kepulangan semula ke EPL dengan perlawanan di tempat sendiri berdepan Tottenham Hotspur.

Dengan Roy Keane sebagai pengurus, kelab timur laut England itu boleh mengharapkan peningkatan dari musim mengecewakan 2005/06 yang menyaksikan penyokong Sunderland terpaksa menanti sehingga Mei untuk kemenangan pertama di tempat sendiri.

Sunderland akan diuji Tottenham yang mensasarkan empat pasukan teratas musim ini selepas membelanjakan 40 juta pound (RM280 juta) termasuk melamar penyerang bernilai 16.5 juta pound (RM 115.5 juta) Darren Bent.

Liverpool yang beraksi di Villa Park berdepan Aston Villa, juga mengharapkan musim lebih cemerlang pada 2007/2008 ini apabila pasukan bimbingan Rafael Benitez itu kini dibarisi belian termahalnya, Fernando Torres dan dijangka akan mencabar kejuaraan. - Reuters


manchesterunited 8/09/2007 09:47:00 AM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox