Saturday, July 7, 2007

Tevez idam sarung jersi Man United

LONDON: Penyerang Argentina, Carlos Tevez menegaskan dia berazam melengkapkan perpindahan idamannya ke Manchester United walaupun bimbang persetujuan mungkin akan disekat Liga Perdana.

Hak milik pemain berusia 23 tahun itu akan memungkinkan perjanjian bernilai 30 juta pound (RM214 juta) dicapai dan Liga Perdana menegaskan sebarang urus niaga harus dilakukan dengan kelab pemain itu, West Ham dan bukan ejennya, Kia Joorabchian.

“Bagi saya, Manchester United adalah destinasi sensasi dan untuk menjadi sebahagian dari anggota skuad Sir Alex Ferguson adalah menakjubkan.

“Impian saya ialah untuk menjadi pemain idola dalam bola sepak Inggeris dan saya boleh mencapainya kini,” kata Tevez kepada akhbar Daily Mail.

Liga Perdana menegaskan, sebarang yuran perpindahan untuk Tevez harus melalui West Ham dan kelab London itu mesti menamatkan semua perjanjian dengan Joorabchian.

United hampir mempersetujui pilihan menandatangani Tevez untuk dua tahun lagi, tetapi perjanjian itu harus memuaskan Liga Perdana yang Joorachian tidak dibayar yuran perpindahan.

Menurut jurucakap Liga Perdana, sebarang perjanjian untuk membawa Tevez dari West Ham harus dilakukan secara terus dengan kelab London itu.

Kenyataan itu memberi gambaran perpindahan Tevez ke United masih belum selesai, walaupun mereka mungkin sudah mencapai persetujuan dengan wakil pemain berkenan.

Teves masih mempunyai baki kontrak tiga tahun dengan West Ham, tetapi kelabnya sedang berbincang dengan United mengenai perpindahan, dan bekas pemain Boca Juniors dan Corinthians itu berasa gembira dengan peluang itu.

“Saya adalah pemain yang gemarkan cabaran, saya ke England untuk mencapai kejayaan dalam Liga Perdana, dan bersama West Ham saya mencapai peringkat pertama, kini saya bersedia untuk ke peringkat seterusnya, ” kata Tevez. - AFP



manchesterunited 7/07/2007 01:20:00 AM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox