Monday, May 14, 2007
United puas raih mahkota EPL

Kami miliki satu angkatan muda dan pasti dapat memenangi lagi: Ferguson

LONDON: Manchester United megah dan dapat berbangga apabila mereka menutup musim Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford seperti apa yang mereka harapkan iaitu muncul sebagai juara.

Dimahkotakan sebagai juara minggu lalu dan diberikan sambutan kehormat oleh Chelsea yang turut mengidam gelaran juara pada Rabu lalu, United tetap meraikan kejuaraan mereka meskipun tumbang kepada West Ham United 1-0 kelmarin.

Pengurus United, Alex Ferguson menyifatkan kelmarin sebagai peristiwa yang amat menakjubkan.

“Kami memiliki satu angkatan muda dan kami sudah pasti dapat memenangi lagi. Ini satu kepuasan apabila anda menang. Ia memberi anda sesuatu tambahan dalam nilai hidup.

“Kejayaan ini satu pencapaian hebat oleh pemain di kelab ini. Kami adalah pasukan terbaik di negara dan bermain bola sepak terbaik. Apabila anda melihat trofi berada di tangan anda anda akan dapat merasai kejayaan sebenar itu,” kata pengendali berasal dari Scotland itu.

Apapun keputusan perlawanan kelmarin sekadar menjamin kedudukan West Ham dalam EPL sambil memalit duka United menempah kekalahan kelima musim ini yang menyaksikan mereka mengumpul 89 mata - enam mengatasi Chelsea yang terpaksa berpuas hati di tempat kedua.

Sebagai bonus tambahan, United dianggap mempamerkan permainan paling menarik pada musim ini, pengiktirafan yang tidak pernah diberikan kepada Chelsea pada musim lalu.

Pemain sayap Portugal, Cristiano Ronaldo yang memulakan musim sebagai orang yang dibenci seluruh rakyat England ekoran insiden dia dengan rakan sepasukan United, Wayne Rooney ketika Piala Dunia, menjadi perancang dan pencorak utama kejayaan pasukan.

Dengan kelicikan di padang mengucar-kacirkan pertahanan kepada penyudah mantap membolehkannya mengumpul 23 gol dalam seluruh persaingan, peningkatan prestasi Ronaldo sejak 2006 amat menakjubkan.

Sebelum ini ramai meragui sama ada dia dapat bertahan di United selepas insiden ketika perlawanan suku akhir Piala Dunia sewaktu England bertemu Portugal selepas dia dilihat sebagai punca Rooney dibuang padang.

Sebaliknya, dia membuktikan dirinya sebagai pemain profesional dan mempamerkan persembahan terbaik dengan meraih tiga gelaran pemain bola sepak terbaik termasuk pingat juara EPL selain peluang gelaran berganda apabila United bersaing dengan Chelsea di final Piala FA, Sabtu ini.

Rooney tetap mencuri tumpuan apabila menjaringkan 23 gol dan permainannya musim ini dianggap yang terbaik berbanding sebelumnya.

Turut menyumbang kejayaan United adalah benteng pertahanan yang dikepalai Rio Ferdinand dan Nemanja Vidic, teraju benteng sama yang tewas kepada Chelsea sebelum ini.


manchesterunited 5/14/2007 04:02:00 PM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox