Thursday, May 31, 2007
United ikat Hargreaves, Nani, Anderson

LONDON: Pemain tengah England, Owen Hargreaves akan menyertai Manchester United pada 1 Julai ini, menurut sumber dari kelab juara baru Liga Perdana Inggeris itu (EPL), semalam.

“Owen akan menandatangani kontrak dengan United apabila dia kembali dari bercuti akhir Jun ini dan menyertai pasukan pada 1 Julai ini,” kata kenyataan kelab itu yang turut mengesahkan pemain Bayern Munich itu sudah setuju dengan terma dan lulus pemeriksaan perubatan.

United juga mengumumkan persetujuan dengan syarat pembelian Nani dan Anderson dari kelab Portugal yang diwakili kedua-dua pemain itu.

Persetujuan untuk menandatangani kedua-dua pemain itu akan lengkap selepas mereka selesai menjalani pemeriksaan perubatan, namun tiada jumlah pindahan yang dinyatakan.

Kelab berkenaan tidak memberi apa-apa butiran mengenai perpindahan Hargreaves tetapi berkata Bayern akan mendapat sekitar AS$33.75 juta (RM118 juta) bagi melepaskan pemain berasal dari Kanada itu - bayaran tertinggi kepada pemain dari Bundesliga.

Nani adalah pemain berusia 20 tahun Portugal yang kini menjadi perhatian ramai, dia akan berpindah dari Sporting Lisbon selepas menjaringkan lapan gol dan melakukan 38 penampilan.

Pemain sayap yang mempunyai kemahiran tinggi itu dibandingkan dengan Cristiano Ronaldo, yang membantu Manchester United merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim lalu selepas berhijrah dari Sporting pada 2003.

Namun persetujuan menandatangani pemain tengah menyerang Brazil, Anderson dari FC Porto bergantung kepada keupayaannya mendapat permit kerja.

Pemain berusia 19 tahun itu dipilih ke skuad Brazil yang akan beraksi di Copa Amerika di Venezuela, ia adalah kali pertama dia mendapat panggilan antarabangsa. - AP


manchesterunited 5/31/2007 11:11:00 AM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox