Friday, May 18, 2007
Peluang kedua Chelsea nafi hajat United

LONDON: Final Piala FA kembali ke Wembley, malam ini dan ia turut menjelmakan peluang kedua Chelsea menafikan rangkulan piala buat Manchester United, musim ini.

Skuad The Blues itu perlu memanfaatkan kesempatan itu selepas gagal kali pertama apabila melepaskan genggaman Liga Perdana Inggeris kepada United.

Chelsea menamatkan liga dengan ketinggalan enam mata kepada United selain kecundang kepada Liverpool pada separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah. Kemenangan sagu hati memenangi Piala Liga menjelmakan pulangan kurang baik kepada pelaburan pra-musim Roman Abramovich yang membeli khidmat Andriy Shevchenko dan pemain tengah, Michael Ballack.

Kelab dari London itu memenangi final terakhir Piala FA di Wembley lama pada 2000 dan kemenangan pertama di gelanggang baru selesai pengubahsuaian itu akan membantu menjamin jawatan jurulatih, Jose Mourinho musim depan selain mengembalikan keyakinan yang amat diperlukan mereka.

“Saya tidak anggap ia sebagai balas dendam kerana ia hanya satu perlawanan,” kata pemain sayap Chelsea, Arjen Robben. “Tetapi ia adalah perlawanan besar dengan suasana hebat, jadi itu sebabnya kami perlu menunjukkan kepada dunia betapa hebatnya aksi mampu kami hasilkan.”

Petanda perlawanan itu bakal gemilang, memang ketara.

Sejumlah 90,000 penonton akan memenuhi stadium yang diubahsuai dengan nilai 800 juta pound (RM5.44 billion) untuk menyaksikan hanya final ketiga membabitkan pasukan yang menduduki tempat pertama dan kedua dalam liga Inggeris.

“Perlawanan seperti ini adalah aksi yang mendorong pemain bekerja keras dalam latihan setiap hari,” kata bek United, Nemanja Vidic. “Perlawanan membabitkan pasukan besar dengan pemain bintang di pentas terhebat. Amat hebat untuk terbabit dalam perlawanan yang akan dikenang dalam sejarah.”

Kali terakhir dua pasukan teratas bertemu pada final Piala FA ialah pada 1986 apabila Liverpool menentang Everton. Jika United mencari petanda tuah, Liverpool dengan jersi merah menundukkan Everton berjersi biru 3-1 untuk merangkul gelaran berganda.

Andainya United berjaya memenangi rekod piala ke-11 Piala FA, kelab itu akan mencipta sejarah meraih gelaran berganda untuk kali keempat – mengatasi pencapaian kelab lainnya.

Namun Chelsea mampu bersandar harap kepada rekod terbaru menentang United. Mourinho memenangi lima daripada 10 perlawanan kendaliannya menentang United, ketika Alex Ferguson hanya mampu berbangga dengan satu kemenangan.

Dua pertemuan liga musim ini berakhir seri, dengan skuad kedua United mengikat Chelsea 0-0 di Stamford Bridge pada 9 Mei lalu - selepas kelab itu sudahpun sah memenangi gelaran liga.

Piala FA adalah satu-satunya gelaran di England yang belum dimenangi Mourinho dalam tempoh tiga tahunnya di Chelsea, selepas berturut-turut memenangi Liga Perdana Inggeris dan Piala Liga. –AP


manchesterunited 5/18/2007 08:03:00 AM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox