Tuesday, May 8, 2007
Mourinho belum pasti Blues tewaskan Ferguson

LONDON: Pasukan yang kecewa dan kepenatan, Chelsea akan menerima kunjungan juara Liga Perdana Inggeris, Manchester United hari ini dalam perlawanan memanas badan sebelum final Piala FA, 19 Mei ini.


Harapan Chelsea untuk memastikan kejayaan liga buat kali ketiga berturut-turut terkubur hujung minggu lalu ketika usaha mereka mengejar skuad bimbingan Alex Ferguson berakhir di tangan pesaing dari London, Arsenal.

Skuad Jose Mourinho meraikan gelaran tahun lalu selepas membelasah United 3-0 di Stamford Bridge tetapi kali ini nyata penyokong lawannya itu yang hadir dalam keadaan berpesta.

Pengendali dari Portugal itu menjanjikan United, seperti yang diterima skuadnya dua tahun lalu, akan diberi penghormatan tinggi.

“Adalah jelas bahawa kami akan memberikan mereka penghormatan hari ini, sama seperti dilakukan mereka terhadap kami di Old Trafford,” kata Mourinho.

Namun Mourinho yang tidak biasa menjadi kedua terbaik, tidak mampu memaksa dirinya mengatakan juara baru itu adalah pasukan lebih baik dan lebih suka memilih pasukannya dengan mengatakan mereka sebenarnya adalah ‘hero’.

“Mereka adalah pasukan yang mengumpul lebih banyak mata, bagi saya ia sudah cukup. Saya melihat bola sepak dalam pandangan lebih praktikal,” katanya mengenai kejayaan United musim ini.

Mourinho meminta penyokong Chelsea ‘terus berbangga’ selepas keputusan seri 1-1 di Arsenal dan tidak sabar menanti kempen musim 2007-08.

“Kami akan bersedia musim depan,” katanya. “Kami masih ada final Piala FA tetapi pada 9 Julai (dalam latihan), kami akan bermula semula dan perlawanan ini dalam aspek semangat, akan menetapkan standard apa yang akan kami lakukan.”

Dengan perlawanan liga sudah ditamatkan, kedua-dua pasukan berharap akan menutup musim dengan lebih banyak gelaran di Stadium Wembley yang baru.

“Kami sentiasa tidak sabar untuk ke final,” kata Ferguson.

“Apabila orang ramai mengatakan mereka berharap Wembley akan bersedia dalam bulan Mei, saya juga berharap kami akan ke sana. Jika kami tewas, saya akan berdoa yang ia tidak akan berakhir di situ.” - Reuters


manchesterunited 5/08/2007 11:59:00 AM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox