Monday, April 23, 2007
MANCHESTER: Apabila Manchester United menyumbat tujuh gol ke gawang AS Roma pada suku akhir Liga Juara-juara Eropah, media Itali bingkas membangkitkan kebimbangan mengenai aib bakal dijelmakan Cristiano Ronaldo dan rakan-rakannya terhadap ‘barisan tua’ empat tonggak benteng AC Milan.

Namun, apa yang kini tertera ialah hakikat betapa masalah tonggak pertahanan United menjadi elemen paling genting menjelang aksi pertama separuh akhir di Old Trafford, hari ini.

Sudah tidak punya khidmat kapten, Gary Neville dan Nemanja Vidic, United terpaksa belajar hidup tanpa rakan segandingan Vidic, Rio Ferdinand yang cedera pangkal paha selepas seri 1-1 dengan Middlesbrough, Sabtu lalu.

Kekentalan benteng sebelumnya menjadi asas kebangkitan skuad kendalian Alex Ferguson dan sudah pasti dia menganggap ketiadaan Vidic dan Ferdinand ketika musim
menghampiri kemuncak sebagai sesuatu yang amat malang.

Namun, biarpun pengendali berbangsa Scotland itu sedia mengakui betapa skuadnya kini ‘terjejas’, dia enggan menerima andaian betapa Milan –kebelakangan ini sudah menjumpai tahap aksi memikat – akan bermula sebagai pilihan dalam pertentangan separuh akhir nanti.

“Ia bukan masa untuk menangisi keadaan diri. Kini adalah detik kami membuktikan wibawa,” katanya.

“Sejarah kelab ini kerap kali membuktikan kami melakar keputusan bagus dan kami perlu memastikan pemain punya tenaga cukup Selasa ini (hari ini) kerana ia adalah perlawanan penting dan mereka seharusnya menikmatinya.”

Rakan sejawat Ferguson di Milan, Carlo Ancelotti sebelumnya mengakui United yang ditunjangi Ronaldo sudah menjelmakan aksi terhebat di Eropah musim ini.

Tetapi jurulatih Milan itu juga tahu betapa krisis kecederaan terbaru amat menjejaskan Ferguson, dengan menyifatkan ketiadaan Ferdinand sebagai sesuatu yang ‘besar kesannya.’

“Dia pemain penting untuk benteng mereka,” kata Ancelotti, sebelum mengakui betapa dia sebenarnya lebih bimbangkanancaman serangan dijelmakan Ronaldo, Wayne Rooney dan Ryan Giggs.

“Kami perlu berhati-hati dan mengekalkan penguasaan bola, tetapi ia mampu menjelmakan kesan berbeza kerana jika kami gagal memanfaatkan
peluang, lawan mampu menghukum kami menerusi gerak serang balas,” kata Ancelotti. – AFP


manchesterunited 4/23/2007 07:58:00 PM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox