Wednesday, April 25, 2007
Rooney pastikan kemenangan United

MANCHESTER, England – Wayne Rooney membayangi kehebatan bintang AC Milan, Kaka untuk menerajui Manchester United mencatat kemenangan tipis 3-2 pada pertemuan separuh akhir pertama Liga Juara-juara di sini semalam.


Ketika dua gol pemain Brazil, Kaka pada babak pertama kelihatan sudah cukup buat Milan untuk mencatat seri yang sekali gus akan meletakkan mereka sebagai pilihan untuk mara ke perlawanan akhir buat kali ketiga dalam masa lima tahun, Rooney meluru mengejar bola umpanan Ryan Giggs dan merembat rendah ke dalam gawang untuk gol peribadi keduanya.

Selepas mendahului menerusi Cristiano Ronaldo, kegoyahan pertahanan United akibat krisis kecederaan didedahkan oleh Kaka yang bijak menghidu peluang, dua kali disebabkan oleh kelemahan mengawal untuk mendapat gol pada minit 22 dan 37 buat pasukan pelawat.

Tetapi Rooney menyamakan kedudukan ketika permainan berbaki setengah jam dan asakan United akhirnya berhasil pada minit pertama masa kecederaan.

Keputusan itu membuatkan pengurus United, Alex Ferguson begitu gembira.

“Kami terus mengasak dan sebahagian gerakan begitu menarik dan kami menguasai babak kedua.

“Gol penyamaan itu memberikan kami semangat untuk terus mengasak dan mencari kemenangan.

“Keputusan ini telah menyediakan kami peluang besar untuk terus mara.

“Ini merupakan tambahan besar kepada semangat kami untuk mengejar gelaran,” katanya lagi.

Jurulatih Milan, Carlo Ancelotti begitu kesal selepas pasukannya melepaskan kelebihan 2-1 pada satu ketika.

“Saya rasa sungguh kecewa kerana kami memberikan mereka kemenangan sedangkan seri ialah keputusan yang lebih wajar,” kata Ancelotti, yang
membimbing Juventus ketika United menewaskan mereka pada separuh akhir Liga Juara-juara 1999.

“Kami kepenatan menuju penghujung permainan dan tidak menjaga posisi dengan baik. Keputusan ini sukar diterima kerana saya fikir kami
adalah pasukan yang lebih bagus pada 60 minit pertama,” katanya lagi.

Naib Presiden AC Milan, Adriano Galliani memuji Kaka kerana kemahiran individunya.

“Semua pasukan yang hebat mempunyai satu atau dua pemain yang mencipta kelainan dan bagi kami ialah Kaka,” kata Galliani.


manchesterunited 4/25/2007 08:01:00 PM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox