Monday, April 23, 2007
Ronaldo menangi dua anugerah Pemain Terbaik PFA

LONDON: Pemain Manchester United, Cristiano Ronaldo dinobatkan sebagai pemain terbaik PFA dan pemain muda terbaik tahun ini.


Pemain sayap berusia 22 tahun dari Portugal itu menjadi pemain pertama yang meraih dua anugerah sekali gus dalam musim sama sejak Andy Gray melakukannya pada 1977.

Penampilan hebat Ronaldo terus memastikan United terus berada pada landasan tepat untuk meraih tiga piala semusim, Liga Perdana Inggeris (EPL), Piala FA dan
Liga Juara-Juara Eropah.

Penyerang Chelsea, Didier Drogba menduduki tempat kedua dengan pemain tengah Manchester United, Paul Scholes menduduki tempat ketiga dalam kategori anugerah senior.

Pemain veteran Manchester United, Ryan Giggs yang menang anugerah itu tahun lalu, Steven Gerrard yang beraksi bersama Liverpool dan pemain tengah Arsenal berusia 19 tahun, Cesc Fabregas turut tersenarai bagi merangkul anugerah itu.

Setakat ini, Ronaldo yang menjaringkan 16 gol sepanjang kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini, berkata kemenangan itu ialah penghormatan besar baginya yang dipilih daripada kalangan rakan seperjuangan yang lain.

“Ini malam istimewa. Ia menakjubkan dan satu penghormatan besar kepada saya untuk memenangi trofi seperti ini dalam EPL. Saya gembira.

“Rakan saya memilih saya kerana mereka tahu kualiti pemain lain.

“Saya mahu terus bekerja keras dan mendapat tempat lebih baik kerana kejayaan trofi ini memberikan motivasi kepada saya.

“Saya begitu konsisten sekarang. Saya lebih matang dan mahu beraksi lebih baik.

“Semuanya berjalan lancar musim ini. Saya masih muda dan memerlukan banyak pembelajaran setiap hari,” katanya.

Fabregas meraih gelaran di tempat kedua kategori pemain muda terbaik dengan pemain sayap Tottenham yang berusia 20 tahun, Aaron Lennon meraih tempat ketiga.

Rakan sepasukan Ronaldo, Wayne Rooney juga disenaraikan bersama-sama penyerang Reading, Kevin Doyle, 23, dan pertahanan Manchester City yang berusia 18 tahun Micah Richards.

Manchester United mendahului EPL dengan lapan daripada pemainnya diumumkan pasukan EPL tahunan dan pengurus Sir Alex Ferguson pula dianugerahkan PFA Anugerah Merit Khas. - Agensi


manchesterunited 4/23/2007 01:50:00 PM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox