Sunday, April 22, 2007
Fergie anggap pertemuan dua pemain terbaik dunia Rabu ini

MANCHESTER:
Sir Alex Ferguson percaya pertembungan antara Cristiano Ronaldo dan Kaka pada perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah antara Manchester United dan AC Milan adalah pertarungan antara dua pemain terbaik dunia.

Pengurus United itu menamakan perancang Brazil itu sebagai pemain terbaik di Milan, ketika pasukannya sendiri sedang memburu tiga kejuaraan musim ini.

Malah pengurus Scotland itu juga yakin aksi Ronaldo musim ini, membuktikan pemain sayap Portugal itu kini adalah pemain terbaik dunia.

Ferguson bagaimanapun,mengingatkan pasukannya untuk tidak hanya memberi tumpuan terhadap Kaka jika mereka mahu mengulangi kejayaan menewaskan satu lagi pasukan Itali
selepas menyingkirkan Roma 8-3 dari segi agregat.

United tewas kepada pasukan bimbingan Carlo Ancelotti di suku akhir, dua musim lalu
tetapi Ferguson yakin pasukannya sudah meningkat sejak kekalahan itu.

“Saya akan bersetuju jika orang mengatakan Ronaldo dan Kaka adalah dua pemain terbaik dunia ketika ini.

“Tetapi Milan juga mempunyai ramai pemain lain yang bagus, Paolo Maldini ialah seorang pemain hebat dan Clarence Seedorf sudah menjuarai Liga Juara-Juara tiga kali dengan tiga pasukan berbeza.

“Milan ialah pasukan berpengalaman, tetapi saya yakin kami akan beraksi lebih dari ketika kali terakhir kami bertemu mereka, ” kata Ferguson.

Ferguson yakin Ronaldo yang kini matang permainannya adalah punca pasukannya mampu menjaringkan lebih banyak gol musim ini dari dua tahun lalu, walaupun bahagian serangan ketika itu diterajui Ruud Van Nistelrooy yang meninggalkan United untuk beraksi bersama Real Madrid.

“Kebanyakan pemain musim ini menjaringkan gol, Ronaldo sudah menjaringkan 21 gol, Wayne Rooney 20, Louis Saha 13 dan Ole Gunnar Solskjaer 11. Ini adalah jumlah yang tinggi, ” kata Ferguson.

Bagaimanapun, Ferguson mengatakan dia akan berpuas hati jika hanya berjaya menang satu piala musim ini walaupun mereka sedang memburu tiga kejuaraan musim ini.

Ferguson juga memuji aksi mantap Michael Carrick bersama United walaupun ini adalah musim pertama bersama United.

“Secara fizikal, dia sudah meningkat dan anda dapat melihat kekuatan dalam dirinya kini. Bagi saya beberapa minggu kebelakangan ini, dia beraksi dengan mantap setiap kali diturunkan,” kata Ferguson. – AFP


manchesterunited 4/22/2007 07:33:00 PM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox