Saturday, April 21, 2007
Nasib MU,Liverpool, Arsenal berbeza

LONDON: Gol Mark Viduka pada lewat babak pertama memaksa Manchester

United sekadar berpuas hati dengan keputusan seri 1-1 di Old Trafford, awal pagi tadi.

Ia sekali gus menghangatkan lagi perebutan gelaran Liga Perdana Inggeris kerana andainya Chelsea mengatasi Newcastle, malam ini, skuad Alex Ferguson akan hanya mempunyai kelebihan satu mata ketika saingan berbaki empat perlawanan.

Sementara itu, Liverpool menundukkan Wigan Athletic 2-0, Tottenham Hotspur mencuri satu mata ketika seri 2-2 dengan Arsenal dan Watford sah tersingkir daripada Liga Perdana
Inggeris, dalam aksi awal, malam tadi.

Liverpool, menduduki tempat ketiga liga dan bersiap untuk aksi separuh akhir pertama Liga
Juara-juara Eropah di Chelsea, mengesahkan kejayaan dengan gol pada setiap babak perlawanan menerusi penyerang Belanda, Dirk Kuyt.

Kemenangan itu membuka jurang kelebihan empat mata mengatasi Arsenal,yang hampir menang 2-1 di White Hart Lane sebelum pemain tengah Spurs,Jermaine Jenas meledakkan gol penyamaan pada minit kelima masa kecederaan.

Kelab terbawah, Watford terbabit dalam satu daripada tiga perlawanan yang berakhir dengan keputusan 1-1, tetapi ia tidak cukup untuk menghidupkan saki baki harapan kerana mereka
sepatutnya melakar kemenangan ke atas Manchester City.

Saingan untuk mengelak ditimpa nasib sama seperti Watford tambah sengit selepas West Ham United menewaskan Everton 1-0 dan Charlton Athletic seri 1-1 dengan kelab dalam situasi sama, Sheffield United.

Dalam perlawanan awal semalam, Jenas memastikan minggu penuh berliku Arsenal
berterusan ketika jaringan dramatiknya pada masa tambahan memberikan Spurs keputusan seri 2-2 .

Arsenal sebelumnya memadam gol pendahuluan Robbie Keane dengan jaringan Kolo Toure sebelum penyerang antarabangsa Togo, Emmanuel Adebayor menjelmakan kelebihan yang
bagaimanapun hilang akibat jaringan Jenas.

Wenger kini harus menunggu sedikit masa lagi untuk melihat sama ada pasukannya mampu
layak ke Liga Juara-Juara Eropah tahun depan. – AFP


manchesterunited 4/21/2007 07:21:00 AM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox