Monday, April 23, 2007

Man. United atau AC Milan

LONDON – Manchester United memikul harapan untuk memastikan perlawanan akhir bola sepak Liga Juara-juara dikuasai sepenuhnya oleh kelab-kelab dari England apabila mereka melayan AC Milan pada separuh akhir.

Chelsea pula akan bersemuka dengan Liverpool di Stamford Bridge.

Pertemuan separuh akhir pertama akan bermula hari ini (awal pagi esok waktu Malaysia) di Old Trafford dengan United akan berusaha menunjukkan kemajuan yang telah mereka capai sejak dipermainkan oleh Milan dua musim lalu.

Ketika itu, kelab dari Itali itu menang kedua-dua pertemuan dengan keputusan 1-0 pada pusingan pertama peringkat kalah mati, yang dihasilkan menerusi dua gol penyerang Chelsea yang dipinjamkan kepada Milan, Hernan Crespo.

United kini merupakan pencabar yang lebih kuat di peringkat Eropah dan sedang menerajui persaingan Liga Perdana England, terima kasih kepada prestasi memuncak pemain sayap Portugal, Cristiano Ronaldo dan penyerang England, Wayne Rooney. Kedua-duanya telah menjaringkan sejumlah 40 gol dalam semua pertandingan musim ini.

Pengurus United, Alex Ferguson kelmarin berkata, pertemuan dengan Milan juga adalah pertembungan antara Ronaldo dengan pemain dari Brazil, Kaka – dua pemain terbaik dunia ketika ini.

Paul Scholes, yang seperti juga Ronaldo tidak akan bermain dalam pertemuan kedua di San Siro pada Rabu depan jika mengutip satu kad kuning di Old Trafford hari ini, akan memperkuatkan bahagian tengah dengan kemunculan semulanya daripada penggantungan manakala Ryan Giggs
kekal sebagai ancaman di bahagian depan.

Milan tentu masih ingat bahawa United membelasah rakannya dalam Serie A, AS Roma 7-1 di Old Trafford dua minggu lepas dan pasti sedar mengenai ancaman United.

“Keputusan itu merupakan amaran bahawa kami sangat perlu berhati-hati,” kata pemain pertahanan Milan, Cafu dari Brazil kepada wartawan dalam laman web kelab itu semalam.

“Perlawanan itu nanti sudah tentu sukar dan kami perlu melakukan segala-galanya. Manchester United bermain dengan begitu bagus di tempat sendiri, khasnya dalam pertandingan besar seperti ini,” katanya lagi.

Tetapi Cafu mengingatkan tentang fakta bahawa Milan, yang telah mencatat lima kemenangan berturut-turut dalam semua pertandingan sebelum ini, merupakan pasukan pertama mengalahkan Bayern Munich di Eropah di stadium Allianz Arena milik mereka pada suku akhir.

Membayangkan mengenai lawatan mereka ke Manchester, dia berkata:
“Kami mesti ke sana dan bermain seperti yang kami lakukan di Munich –dengan semangat tinggi. Dengan itu, kami mungkin akan membawa pulang keputusan yang positif.”

Ia mampu dilakukan memandangkan United, yang kemaraan mereka untuk mendekati kejuaraan Liga Perdana menerima tamparan apabila hanya seri 1-1 dengan Middlesbrough pada Sabtu lepas, sedang mengalami krisis kecederaan yang melemahkan bahagian pertahanannya.

Aksi sengit separuh akhir akan berterusan di London esok dengan pertemuan Chelsea-Liverpool, pertembungan yang membangkitkan kenangan pahit buat para penyokong tuan rumah.

Kemaraan Liverpool ke perlawanan akhir dua tahun lepas menerusi jaringan tunggal Luis Garcia dalam kedua-dua pertemuan separuh akhir menentang Chelsea telah dipertikaikan. Liverpool kemudian menang ke atas Milan pada perlawanan akhir.

Ramai penyokong The Blues masih percaya bahawa sepakan Garcia tidak melepasi garisan gol di Anfield dan melihat pertemuan musim ini sebagai peluang membalas dendam.

Dalam pertemuan pada Liga Perdana musim ini, Chelsea menewaskan Liverpool 1-0 di Stamford Bridge pada September 2006 hasil jaringan penyerang antarabangsa Ivory Coast, Didier Drogba tetapi tewas di Anfield 2-0 pada Januari lepas.

Kelmarin, juara bertahan Liga Perdana itu gagal mengambil peluang daripada keputusan yang dicatatkan oleh United dengan Boro apabila seri 0-0 di Newcastle United untuk kekal berada tiga mata di belakang dalam perebutan kejuaraan.

Perlawanan akhir di Athens pada 23 Mei yang dikuasai sepenuhnya oleh kelab-kelab England tidak akan kekurangan daya tarikan.

Hanya ada dua negara yang kedua-dua kelab mereka pernah bertemu dalam perlawanan akhir pada satu-satu tahun, apabila Real Madrid menewaskan Valencia pada tahun 2000 dan tiga tahun kemudian Milan menundukkan Juventus menerusi penalti di Old Trafford.

Perlawanan Chelsea menentang United akan menambah persaingan mereka setelah bersaing sengit dalam Liga Perdana dan akan bertemu pada perlawanan akhir Piala FA hanya empat hari lebih awal di Wembley.

Bagaimanapun, di sebelah timur laut England, para peminat mengharapkan pertemuan dua musuh tradisi iaitu antara juara lima kali Liverpool dengan juara 1999 United, yang memburu gelaran ketiga.

– Reuters



manchesterunited 4/23/2007 08:18:00 PM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox