Wednesday, April 11, 2007
Man U vs Roma 7-1

MANCHESTER: Selepas berjaya membenamkan Roma dengan kemenangan bergaya 7-1 semalam, pengurus pasukan Manchester United, Alex Ferguson, semakin yakin anak didiknya mempunyai segala ramuan untuk merampas tiga gelaran musim ini.


Dia menganggap perlawanan semalam adalah persembahan paling hebat Eropah yang pernah disaksikan di Old Trafford dan kejayaan itu membolehkan United mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah.

United ketinggalan 2-1 dalam perlawanan pusingan pertama suku akhir tetapi mereka menidakkan Roma dengan tiga gol hanya dalam masa tujuh minit separuh masa pertama.

Keyakinan pemain semakin terserlah selepas itu dan mereka terus menggempur Roma untuk meraih kemenangan terbesar United musim ini.

Persembahan mantap pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu menyaksikan mereka menang dengan agregat 8-3 dan kini bersedia untuk membaham antara pasukan AC Milan atau Bayern Munich, pertembungan pertama dalam separuh akhir sejak 2002.

Selepas tewas kepada Roma dan Portsmouth minggu lalu, United mulanya kelihatan agak goyah kerana kecederaan Gary Neville, Nemanja Vidic dan Louis Saha, tetapi ia tidak mengganggu rentak kemenangan mereka ke atas pelawat dari Itali itu.

United kini akan mengharungi minggu-minggu terakhir musim EPL dengan semangat baru dan Ferguson semakin yakin skuadnya mempunyai cukup kekuatan untuk mengulangi sejarah 1999 apabila pasukannya mengungguli tiga kejuaraan.

“Ini adalah malam paling hebat di sini. Anda pasti tidak menyangka jumlah jaringan sehingga 7-1. Tetapi apabila bercakap mengenai kualiti permainan kami yang amat tinggi dan apabila menjaringkan dua atau tiga gol, anda sudah boleh merasakan kami dapat melakukan kejutan besar di sini.

“Saya rasa ia adalah malam yang istimewa. Sudah saya katakan, kunci kejayaan pasukan ini adalah mereka yang duduk di bangku simpanan. Pemain berjaya menggalas cabaran mereka.

“Pemain berjaya menyerap tekanan selepas tewas minggu lalu dan diharapkan mereka akan mengekalkan rentak ini,” katanya.

Sebaik sepak mula United kelihatan cukup bertenaga menerusi hantaran mengelirukan dan pergerakan menarik yang akhirnya mampu membenamkan Roma.

Michael Carrick membuka tirai jaringan pada minit ke-12 dengan percubaan jarak jauh cantik manakala Alan Smith mendapat gol kedua lima minit kemudian dengan sepakan deras sempurna.

Gol Wayne Rooney pada minit ke-19 selepas menerima hantaran silang Ryan Giggs, menggamatkan Old Trafford sebelum Ronaldo mengukuhkan cengkaman dengan gol keempat sejurus sebelum tamat separuh masa.

Pemain sayap dari Portugal itu kelihatan berada pada puncak prestasi dan menambah koleksi jaringannya apabila menterjemahkan gol selepas menerima hantaran Giggs pada minit ke-49.

Tidak cukup dengan itu, Carrick menjaringkan gol keenam dengan sepakan deras dari jarak 25 meter dan selepas Daniele De Rossi mendapat gol saguhati untuk Roma, Patrice Evra menyempurnakan kemenangan terbesar United dalam Liga Juara-Juara pada minit ke-81.

Jurulatih Roma, Luciano Spalletti, mengakui beliau amat terkejut dengan persembahan anak
didiknya yang disifatkannya sebagai kurang berpengalaman.

“Tiada siapa yang dapat membayangkan persembahan seperti ini,” katanya ketika terpaksa berdepan kekalahan paling buruk Roma.


manchesterunited 4/11/2007 01:17:00 PM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox