
Ferguson tabik EPL
LONDON: Pengurus Manchester United, Alex Ferguson menganggap Liga Perdana Inggeris (EPL) sebagai liga terbaik di Eropah berikutan kejayaan skuadnya membelasah AS Roma dan salah satu daripada tiga pasukan yang mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah.
Juara 1999 itu menempah slot pada peringkat empat pasukan bersama Chelsea dan Liverpool selepas membenam kelab Itali itu 7-1 untuk mencatat kemenangan 8-3 secara agregat, semalam.
Michael Carrick (dua), Cristiano Ronaldo (dua), Wayne Rooney, Alan Smith dan Patrice Evra menjaringkan gol dalam perlawanan istimewa di Old Trafford untuk menanti pemenang antara AC Milan atau Bayern Munich.
Pengurus United, Ferguson berkata: “Fakta tiga pasukan Inggeris berada pada separuh akhir menjadikan liga kami yang terbaik di Eropah. Enam atau tujuh tahun lalu, Sepanyol yang terbaik.
“Bukti musim ini menunjukkan Barcelona dan Real Madrid tidak berada hampir sepertimana mereka pada tahun-tahun sebelum itu. Sifat semulajadi kompetitif dan kualiti permainan bola sepak Inggeris meningkat sejak beberapa musim lalu.”
Jaringan Carrick pada minit ke-11 merubah rentak perlawanan dan ia menjadi kemenangan terbesar United di Eropah sejak 1968 apabila mereka mengatasi kelab Republik Ireland, Waterford dengan jaringan yang sama.
Ferguson berkata: “Kami tidak menjangka menang 7-1 tetapi kualiti permainan kami sangat tinggi. Ia prestasi hebat. Kepantasan permainan serta membolos benteng lawan cemerlang.
“Ia malam yang istimewa dan setiap jaringan kami begitu berkualiti. Kami melakukan tugas dengan baik menentang pasukan yang bagus. Jaringan gol memberi keyakinan beraksi di Roma dan ia sudah tentu malam terbaik bola sepak Eropah yang pernah kami nikmati di sini (Old Trafford). Kedudukan jaringan memberitahu anda mengenainya”.
Ferguson yakin sebahagian pemain mudanya mula terasa bermain dengan lebih selesa dalam arena Eropah. Dia berkata: “Pengalaman menentang AC Milan beberapa tahun lalu begitu mengecewakan. Kami tahu kami mampu beraksi baik.
“Ronaldo dan Rooney mendapati ia sukar tetapi menentang Roma mereka bermain seperti lelaki sebenar.”
Ferguson menghamburkan pujian kepada bekas penyerang Leeds, Smith, yang menyaksikan kemajuannya dicemari dengan kecederaan. Dia berkata: “Ia sesuatu yang hebat baginya. Dia berhak berbanding orang lain”. - Agensi
Jaringan gol dalam perlawanan ini
Status : married with two daughter
*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja
call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------
Alpha Lipid Lifeline
Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi
&membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit.
Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline
| real estate website design |