Saturday, April 14, 2007
BIRMINGHAM (England): Patrice Evra memberi amaran kepada rakan sepasukannya dalam Manchester United bahawa musim ini mungkin berakhir dengan tangisan jika mereka membiarkan diri terus dibuai kegembiraan menumpaskan AS Roma.

Empat hari selepas menggemparkan dunia bola sepak Eropah apabila mematikan langkah kelab Itali itu dengan kemenangan 7-1 dalam Piala Juara-Juara, United akan berdepan dengan pasukan Watford pada peringkat separuh akhir Piala FA di Villa Park hari ini.

Kelab pimpinan Alex Ferguson yang memburu tiga gelaran pada musim ini, kelihatan tidak bermasalah menumpaskan kelab tangga terbawah Liga Perdana Inggeris (EPL) itu bagi membolehkan United menjulang piala itu buat kali ke-12.

Bagaimanapun Evra, pemain antarabangsa dari Senegal, memberi amaran, pasukan yang merajai EPL berada dalam kedudukan bahaya kerana masih belum menang satu pun piala
meskipun sudah berada dalam landasan untuk merampas Piala FA, Liga Juara-Juara dan EPL.

“Perlawanan esok (hari ini) agak sukar. Kita perlu pulih sepenuhnya selepas menewaskan Roma kerana ketika ini semua pemain kelihatan terlalu yakin.

“Keadaan ini amat bahaya kerana selepas mereka melihat kita menang 7-1 ke atas Roma, mereka sudah menyatakan kita akan berjaya memenangi Piala Juara-Juara,” kata
pemain pertahanan itu yang menjaringkan gol ketujuh United.

“Kita sepatutnya tidak hilang tumpuan dan berusaha keras untuk menamatkan musim ini dengan baik. Benar kita pasukan pilihan untuk menewaskan Watford tetapi kerana itulah kita berada dalam kedudukan bahaya.

“Semua kelihatan sudah menyatakan United adalah pasukan hebat dan akan menang semuanya. Hakikat sebenarnya kita belum menang dan sikap terlalu yakin itu bakal mengundang padah,” katanya.

Evra baru berusia 18 tahun apabila kali terakhir Ferguson menerajui United untuk meraih gelaran berganda pada 1999.

Bekas pemain Monaco dan Nice itu berkata, adalah suatu yang sukar untuk dipercayai jika United menamatkan musim ini dengan tiga piala dalam almarinya pada bulan depan.

Bagaimanapun, pemain berusia 25 tahun itu berkeyakinan pasukannya mampu melakukannya jika semua pemain benar-benar fokus.

“Jika United mempersembahkan permainan seperti yang dipamerkan ketika menentang Roma, kita pasti akan berjaya,” katanya. - AF


manchesterunited 4/14/2007 04:35:00 PM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox