Wednesday, February 28, 2007
United lega ke suku akhir

LONDON – Tindakan pengurus pasukan Manchester United, Sir Alex Ferguson untuk merehatkan beberapa pemain utamanya nyata berbaloi meskipun pasukan itu menang tipis 3-2 keatas Reading untuk menempah tempat ke suku akhir bola sepak Piala FA.

Sambil memberi tumpuan terhadap dua perlawanan penting United, menentang Liverpool dalam saingan liga dan Lille dalam Liga Juara-Juara, bos United itu merehatkan lapan pemain utamanya daripada pasukan yang menewaskan Fulham 2-1 minggu lalu termasuk Wayne Rooney dan Christiano Ronaldo.

Ketiadaan dua bintang utama itu tidak menghalang United daripada meraih tiga gol dalam tempoh enam minit pertama sambil berehat menyaksikan pasukannya diberikan tentangan oleh pasukan lawan dalam tempoh lima minit terakhir.

Bos pasukan Reading, Steve Coppell menyenaraikan jentera serangan yang agresif dengan kehadiran penyerang antarabangsa Ireland, Kevin Doyle yang beraksi semula selepas kecederaan.

Dengan hanya seminit permainan berlangsung, Gabriel Heinze meletakkan United di hadapan dengan gol pendahuluan.

John O‘Shea berjaya melarikan bola melepasi kawalan Steve Sidwell dengan cuba menghantar bola kepada Keiron Richardson tetapi Ulises de la Cruz berjaya menampan tetapi bola menuju ke arah Heinze, yang merembat melepasi jangkauan penjaga gol Reading, Adam Federici dari Australia.

Beberapa minit kemudian, United menggandakan jaringan apabila Louis Saha berjaya memperdayakan Andre Bikey selepas menerima bola hantaran Rio Ferdinand untuk gol kedua.

Keadaan bertambah buruk buat Reading, pasukan yang agak mengejutkan musim ini apabila berada di tangga keenam selepas United menambah gol ketiga.

Pertahanan mereka terus goyah apabila Ole Gunnar Solskjaer yang menerima bola hantaran Saha dengan tenang merembat bola masuk melepasi jangkauan Federici.

Tiga gol itu mencetuskan kegarangan Reading untuk bangkit dengan Ivar Ingimarsson menanduk bola tendangan sudut John Oster sebelum Dave Kitson menyambar untuk gol pertama Reading.

Dengan jurang gol mula dirapati, United terus diasak.

Bola hantaran silang pemain gantian, Glen Little membolehkan Leroy Lita melakukan percubaan pada minit ke-78 tetapi ia ditanduk keluar oleh Wes Brown sekali gus menafikan impian pemain antarabangsa England bawah 21 tahun itu untuk menghasilkan gol.

Kehadiran Rooney menjadi percubaan terakhir Ferguson untuk segera mematikan tentangan pasukan lawan tetapi Reading terus memberi tekanan.

Pasukan Royals itu akhirnya meraih gol yang dicari apabila de le Cruz melorongkan bola untuk Lita melakuakn tandukan melepasi jangkauan United.

Satu lagi percubaan Brynjar Gunnarsson pula terkena palang gol pada minit-minit terakhir sekali gus melegakan Ferguson untuk memberi tumpuan bagi aksi penting di Anfield, Sabtu ini.

– AFP


manchesterunited 2/28/2007 10:13:00 AM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox