Monday, February 5, 2007
Ferguson terhutang budi Ronaldo

Bintang Portugal itu bantu MU belasah Tottenham 4-0


LONDON: Alex Ferguson bersedia melunaskan ‘hutangnya’ kepada Cristiano Ronaldo selepas pemain sayap Manchester United itu menunjangi kemenangan hebat 4-0 pasukannya mengatasi Tottenham Hotspur, kelmarin.

Ronaldo memainkan peranan penting ketika dia memenangi dan kemudiannya menyempurnakan anugerah penalti kontroversi untuk membolehkan United mendahului sejurus sebelum rehat dalam aksi berkenaan.

Pemain antarabangsa Portugal itu juga mencipta gol ketiga oleh Paul Scholes ketika skuad bimbingan Ferguson mengembalikan kelebihan enam mata di tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL).

Chelsea sebelumnya meningkatkan tekanan kepada United hasil kemenangan ke atas Charlton, 24 jam lebih awal yang menyaksikan jurang kelebihan hanya tiga mata.

Namun, ditunjangi Ronaldo dan Scholes, United membalas dengan gaya aksi hebat yang menjelmakan ciri-ciri barisan bakal bergelar juara.

Gol sepakan penalti Ronaldo meningkatkan jumlah jaringannya musim ini kepada 15 gol, semuanya dalam aksi Liga Perdana, dan membolehkannya menerima bonus daripada Ferguson, yang bertaruh dengannya sebanyak 400 pound (RM2,720) betapa Ronaldo tidak akan mampu mencecah jumlah itu musim ini.

Ferguson berkata: “Saya perlu ke bank (untuk mengeluarkan wang), biarpun saya tidak fikir penalti harus dikira.

“Dia jelas menakjubkan hari ini dan membuktikan tahap hebatnya. Ronaldo punya keberanian untuk beraksi dan sentiasa mahukan bola diberi kepadanya.

“Saya rasa pada awal permainan, dia agak cuai. Tetapi selepas kerap kali menerima bola, dia memperbaikinya. Dia adalah jenis pemain sebegitu. Anda perlu memberikan bola kepadanya untuk dia mula berkesan.

“Dia bukannya jenis pemain yang mampu dipinggirkan. Dia perlu terbabit dalam aksi setiap masa.” - AFP


manchesterunited 2/05/2007 04:00:00 PM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox