Monday, October 30, 2006
Rooney kembali temui sentuhan

LONDON: Kecewa dikritik selaku ‘penggempur tanpa bisa’ sejak tiga minggu lalu, wajah ceria kembali terpancar pada Wayne Rooney selepas jaringan hatrik oleh penyerang England itu membantu Manchester United terus kekal selaku pendahulu Liga Perdana Inggeris.


Kemenangan 4-0 ke atas Bolton di Stadium Reebok, kelmarin hadir tepat ketika dia kehilangan rasa yakin tapi tiga gol kini mengubah selera pemain berusia 21 tahun itu kembali menggegar gawang khasnya apabila menentang FC Copenhagen dalam kancah Liga Juara-Juara Eropah, Rabu ini.

“Saya gembira jaringan daripada saya sudah kembali,” kata Rooney selepas membantu United mengatasi juara bertahan, Chelsea selaku pendahulu carta liga di atas perbezaan gol.

Pengurus United, Sir Alex Ferguson berkata: “Dia dijangka akan dapat menjaringkan gol dan berjaya melakukan dengan bergaya.

“Apabila dia mendapatkan gol pertama anda dapat melihat keyakinan di wajahnya. Saya yakin jaringan tambahan akan menyusul daripadanya dan jelas jangkaan saya benar. Saya minta dia memberi tumpuan dan ikut arahan itu. Jaringan ketiga olehnya adalah hebat.”

Rooney menjaringkan gol pada minit ke-10 dengan rembatan cantik yang melepasi jangkauan penjaga gol, Jussi Jaaskelainen sebelum menambah gol kedua enam minit kemudian hasil satu sepakan melencong yang cantik.

Cristiano Ronaldo menjaringkan gol ketiga, lapan minit sebelum tamat perlawanan manakala Rooney menambah derita anak buah Sam Allardyce pada minit terakhir. - AFP


manchesterunited 10/30/2006 01:27:00 PM
_________________

Sunday, October 15, 2006

Keajaiban Rooney: Ferguson

WIGAN (England): Sir Alex Ferguson mengakui Wayne Rooney sudah melepasi prestasi merudumnya selepas penyerang England itu memainkan peranan utama ketika kemenangan 3-1 Manchester United di Wigan, kelmarin.

Pemain berusia 20 tahun itu yang berpasangan dengan pemain gantian separuh masa pertama, Ryan Giggs membantu United mendapatkan mata penuh, tidak dapat dihalang menerusi gol daripada Nemanja Vidic, Louis Saha dan Ole Gunnar Solskjaer yang memadam jaringan menakjubkan Leighton Baines menerusi sepakan percuma pada minit keempat.

Dan walaupun Rooney gagal untuk memperbaiki catatan jaringannya dengan hanya dua gol dalam 17 penampilan terakhir buat kelab dan negara,pengurus United itu mengatakan dia tidak bimbang mengenai sumbangan pemain remaja itu di padang.

Ferguson berkata: “Itulah Wayne Rooney yang kembali ke prestasi terbaiknya. Perubahan formasi pada babak pertama adalah penting kerana ia membenarkan kami meletakkan Wayne di bahagian tengah.

“Tapi saya rasa dia menakjubkan sepanjang 90 minit. Dia dan Louis Saha sangat membantu secara bersama di depan dan dengan pengalaman Giggs serta Paul Scholes di belakangnya,
anda sentiasa akan mendapat peluang.

“Saya rasa dua perlawanan antarabangsa sudah membantu Wayne mendapatkan semula permainannya dan mendapat semula rentak.”

Wigan dilihat pasukan lebih baik pada babak pertama berikutan tendangan percuma Baines dari jarak 30 ela, gol keduanya dalam tempoh lapan hari selepas turut menjaringkan gol hebat buat pasukan bawah 21 England.

United bagaimanapun jauh lebih kuat buat pasukan tuan rumah itu selepas rehat dan pengurus Paul Jewell mengakui dia bimbang dengan kejatuhan pada babak kedua pasukannya. – AFP



manchesterunited 10/15/2006 01:24:00 PM
_________________

Tuesday, October 3, 2006

LONDON: Alex Ferguson berkata Manchester United akan berjuang untuk mengukuhkan cengkaman mereka di tangga teratas Liga Perdana Inggeris.

Pasukan kendalian Ferguson menggunakan kesempatan keputusan seri 1-1 dilakar Chelsea Sabtu lalu dengan menewaskan Newcastle 2-0 di Old Trafford kelmarin.

Jaringan berganda daripada Ole Gunnar Solskjaer membantu United memintas Blues berdasarkan perbezaan gol.

Biarpun baru tujuh perlawanan berlangsung musim ini, Ferguson menegaskan Red Devils tidak akan berada di tangga teratas liga untuk satu tempoh singkat.

“Ia begitu penting untuk berada di tangga teratas sepanjang masa,” kata pengurus United itu. “Kini kami berada pada posisi itu, kami mahu mengekalkannya.

“Saya menyedari terdapat banyak perlawanan hebat menanti kami tapi kami mempunyai
sesuatu untuk dipertahankan kini dan kami tidak berhasrat untuk melepaskannya.”

Kemenangan itu, yang mempertahankan rekod tanpa kalah di tempat sendiri kepada Newcastle sejak 1972, memuaskan hati Ferguson memandangkan ia dicapai tanpa khidmat penyerang pilihan pertama, Louis Saha yang masih belum pulih daripada kecederaan pangkal paha dan hamstring.

Dengan Saha berada di bangku simpanan, Solskjaer menyahut cabaran diberikan kepadanya dengan menjaringkan gol liga pertamanya di Old Trafford sejak April 2003 pada lewat babak
pertama sebelum menguis masuk sepakan voli daripada Nemanja Vidic pada m-49.

Jaringan berganda itu menambah jumlah gol Solskjaer musim ini kepada empat, hanya satu di belakang Saha dengan Ferguson meramalkan saingan sengit antara dua pemain itu untuk senarai penjaring terbanyak kelab.

“Awas Louis,” kata Ferguson tersenyum. “Ia perkara hebat buat Ole untuk menjaringkan gol dan bagi peminat yang memujanya atas pencapaiannya di sini.”

Pencapaian Solskjaer boleh dianggap menakjubkan memandangkan kariernya hampir berakhir
selepas beberapa siri pembedahan lutut yang memaksanya berehat hampir tiga musim.

“Pada usia 31 tahun, dia mengambil keputusan untuk menjalani pembedahan yang akan menyebabkan dia terkeluar selama 18 bulan,” kata Ferguson. “Ia memerlukan keberanian dan kepercayaan.

“Dia sentiasa merasakan dia pasti akan kembali dan sejak memulakan latihan untuk pra-musim, dia tidak pernah terlepas walau satu sesi. Saya yakin dia aksinya akan bertambah baik.” - AFP



manchesterunited 10/03/2006 01:14:00 PM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox