Tuesday, December 5, 2006
Benfica tekad aibkan United MANCHESTER

Benfica boleh menyingkirkan Manchester United daripada kempen Liga Juara-Juara buat kali kedua berturut-turut andai menang di Old Trafford, awal pagi ini.


“Ia muktamad,” kata jurulatih Benfica, Fernando Santos. “Kami perlu yakin bahawa kami mampu melakukannya. Kami hanya memerlukan sedikit tuah.”

United mengumpul sembilan mata manakala Benfica tujuh mata apabila kedua-dua bersaing di dalam Kumpulan F awal pagi ini.

Skuad Red Devils hanya memerlukan seri untuk layak ke kelompok 16 pasukan terakhir manakala Benfica perlu menang untuk meneruskan cabaran.

“Ia malam yang penting bagi kami,” kata penyerang Man United, Wayne Rooney. “Semua individu di kelab sedar betapa pentingnya perlawanan itu.”

Kemenangan 2-1 kelab Portugal itu di Old Trafford musim lalu menyaksikan United tersingkir di peringkat kumpulan buat kali pertama dalam tempoh 10 tahun.

Pertahanan United, Rio Ferdinand tegas berkata bahawa perkara itu tidak akan berlaku lagi.

“Situasi itu tidak akan menimbulkan rasa kurang senang pada kami,” katanya. “Skuad ini tidak akan gentar. Pada setiap perlawanan penting, apabila ada yang fikir kami tidak akan mampu mengatasinya, setiap kali itulah kami layak. Ini adalah peluang untuk kami membuktikannya.”

Musim lalu, Benfica turut menyingkirkan juara 2005, Liverpool sebelum ditewaskan juara, FC Barcelona di suku akhir. United tidak layak ke Piala UEFA kerana menamatkan saingan di tangga terbawah kumpulan.

Benfica dijangka membariskan pemain sama ketika mereka mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas Sporting Lisbon minggu lalu dan ia adalah aksi terbaik skuad Eagles itu musim ini.

Pemain tengah dari Brazil, Luisao dan penyerang Itali, Fabrizio Miccoli sudah kembali daripada kecederaan manakala penyerang Nuno Gomes dan pemain tengah Konstantinos Katsouranis turut kembali pulih.

United turut tidak mempunyai sebarang masalah kecederaan.

United menang 1-0 di Benfica pada 26 September tetapi kemudian tewas 1-0 di FC Copenhagen dan Celtic, yang sudah layak. Benfica menewaskan Celtic 3-0 dan Copenhagen 3-1 pada dua pertemuan Liga Juara-Juara sebelum ini.


manchesterunited 12/05/2006 10:39:00 PM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox