Thursday, November 23, 2006
Pengurus Celtic anggap Nakamura terbaik dunia

GLASGOW: Bola sepak di Jepun pasti ceria, kelmarin menyaksikan kelibat anak watan mereka, Shunsuke Nakamura yang menyarung megah jersi berjalur putih-hijau milik kelab Celtic, apabila sepakan percumanya pada minit terakhir mencalar imej Manchester United dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah.


Pada firasat jurulatih kelab dari Scotland itu, Gordon Strachan jaringan seumpama yang ditakrif cantik boleh meletakkan status pemain dari Asia itu di antara pakar sepakan percuma terbaik dalam dunia bola sepak hari ini.

Pemain antarabangsa Jepun itu menjaringkan gol menerusi satu set-piece menakjubkan dari jarak 35 ela untuk memberi juara Scotland itu kemenangan 1-0 yang sensasi dan bersejarah di tempat sendiri ke atas gergasi Inggeris, United.

Ia bermakna Celtic, kelab British pertama yang memenangi Piala Eropah pada 1967, layak ke peringkat kalah mati saingan utama kelab Eropah itu buat kali pertama dalam sejarah mereka.

Strachan yang menandatangani Nakamura dari kelab Itali, Reggina pada 2005, mengakui perancang Jepun yang lincah itu malah lebih bagus daripada apa dijangkakan sebelum ini.

Pengurus Celtic itu juga tidak ragu-ragu untuk menganggap pemain tengah itu begitu bagus sekali, dan percaya dia setanding dengan pemain terbaik dunia ini dalam situasi bola mati.

“Kami bergelut ketika menentang Manchester United pada babak pertama tetapi apabila anda memiliki seseorang seperti ‘Naka’ yang setanding dengan pemain terbaik di dunia ketika melakukan sepakan percuma, anda sentiasa memiliki peluang,” kata Strachan.

“Anda perlukan pemain yang mampu melakukan set-piece hebat pada saat genting untuk memenangi perlawanan besar.

“Lihat kepada dua sepakan penjuru David Beckham yang membawa kepada jaringan gol Manchester United untuk memenangi Liga Juara-Juara pada 1999.

“Anda perlukan detik seperti itu. Orang ramai fikirkannya mudah, tetapi ia sebenarnya tidak.

“Naka tentunya lebih baik daripada apa yang saya sangka sebelum ini.Saya tahu dia seorang pemain yang bagus, tetapi kini saya rasa dia menakjubkan. Apabila anda lihat kepada jaringannya dan bantuannya, dia adalah menakjubkan dan amat penting buat kami.”

Pemain itu sendiri percaya ia mungkin adalah gol terbaik yang pernah dijaringkan.

Nakamura berkata: “Untuk menjaringkan satu gol ke atas penjaga gol handalan seperti Edwin Van Der Sar adalah begitu istimewa kepada saya.

“Saya menjaringkan gol menerusi satu sepakan percuma ke atasnya ketika kekalahan 3-2 di Old Trafford tetapi yang ini adalah lebih baik kerana ia bermakna Celtic layak ke suku akhir kejohanan buat kali pertama. –AFP


manchesterunited 11/23/2006 03:38:00 PM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox