Wednesday, November 22, 2006
Nakamura tangguh hajat United

LONDON – Celtic dan AC Milan mara ke kelompok 16 pasukan selepas mengatasi lawan dalam saingan bola sepak Liga Juara-Juara, semalam.


Celtic meraikan malam paling gembira dalam sejarah penyertaan mereka di kejohanan Eropah itu apabila menewaskan Manchester United 1-0 di Glasgow, semalam sekali gus buat pertama kalinya menempah tiket ke saingan kalah mati.

Shunsuke Nakamura muncul wira tuan rumah yang menyumbat gol tunggal menerusi sepakan bebas pada baki lapan minit terakhir manakala penjaga gol, Artur Boruc pula menyelamatkan tendangan penalti Louis Saha di minit ke-90.

Peluang United untuk ke pusingan kalah mati sebenarnya terbuka jika mencatat kemenangan atau sekadar seri pada perlawanan semalam.

Kekalahan semalam menyukarkan peluang United yang masih belum tertutup tetapi kelab dari England itu perlu mengelak daripada tewas kepada Benfica di tempat sendiri pada 6 Disember ini.

Keputusan perlawanan semalam menyaksikan Celtic melompat ke tangga teratas saingan Kumpulan F dengan sembilan mata diikuti United (9) dan FC Copenhagen (4).

Dalam pada itu, Benfica menewaskan Copenhagen 3-1 dalam satu lagi saingan Kumpulan F.

Sementara Celtic meraikan kemenangan semalam, AC Milan yang berbekalkan dua kemenangan tewas 0-1 kepada AEK Athens.

Julio Cesar menjaringkan gol tunggal AEK daripada sepakan percuma pada minit ke-32.

Sekalipun tewas, Milan layak ke pusingan seterusnya, malah pemain pertahanan Milan, Alessandro Costacurta mempunyai saat manis untuk dikenang selamanya apabila muncul selaku pemain paling tua pada usia 40 tahun beraksi pada perlawanan semalam.

Kelab Itali itu menyertai Celtic ke saingan 16 pasukan terakhir bersama-sama Bayern Munich, Liverpool, Olympique Lyon, Real Madrid, PSV Eindhoven dan Valencia.

Keputusan saingan Kumpulan H semalam meletakkan Milan dengan 10 mata diikuti AEK (7), Lille (6) dan Anderlecht (3).

Dalam pada itu, CSKA Moscow dan Lille sepatutnya turut menyertai pasukan ke kelompok 16 terakhir, namun keputusan semalam menyebabkan hasrat mereka tertangguh.

Dalam saingan Kumpulan G, CSKA tewas 0-2 kepada Porto yang menang menerusi jaringan Ricardo Quaresmo dan Lucho Gonzales.

Arsenal pula bangkit untuk menewaskan Hamburg SV 3-1 semalam sekaligus menyebabkan kedudukan CSKA di tangga teratas Kumpulan G tercicir ke tangga ketiga.

Arsenal dan Porto kini mengumpul 10 mata manakala CSKA (8) dan Hamburg (0).

Pun begitu, Arsenal terpaksa mengerah seluruh tenaga untuk menjinakkan kelab dari Jerman itu yang mendahului perlawanan menerusi jaringan Rafael van der Vaart seawal minit keempat.

Perlawanan terus sengit malah Arsenal terpaksa menunggu sehingga minit ke-52 untuk menyamakan kedudukan menerusi jaringan Robin van Persie sebelum Emmanuel Eboue dan Julio Baptista menambah dua jaringan kemudian.

Arsenal yang akan berdepan dengan Porto selepas ini bakal kehilangan tonggak utamanya, Thierry Henry yang digantung perlawanan.

Perlawanan semalam turut menyaksikan Real Madrid mara ke pusingan kalah mati walaupun seri 2-2 dengan kelab Perancis, Olypique Lyon.

– Reuters


manchesterunited 11/22/2006 03:36:00 PM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox