Monday, November 6, 2006

Ulang tahun Sir Alex ke-20

LONDON – Pengurus Manchester United, Alex Ferguson yang meraikan ulang tahunnya ke-20 di Old Trafford, semalam menerima pujian dan sanjungan di kalangan rakan serta tokoh bola sepak dunia.

Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Sepp Blatter berkata: ‘‘Alex merupakan salah seorang tokoh yang paling berkarisma dan berjaya dalam sukan ini.

‘‘Hakikatnya ialah dia sudah menerajui Red Devils selama 20 tahun dan ia merupakan satu pencapaian dengan kejayaannya mengurus dan memimpin sekumpulan pemain yang cemerlang.

‘‘Saya mahu berterima kasih secara peribadi kepadanya atas sumbangan besar kepada bola sepak.’’

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger turut memuji Ferguson.

‘‘Anda mungkin berfikir bahawa purata hidup seseorang pengurus ialah satu tahun, tujuh hari tetapi jika seseorang sudah mencapai 20 tahun, ia sudah tentunya satu pencapaian yang hebat dan unik di Eropah terutama di peringkat tertinggi.

‘‘Ia memerlukan perangsang dan stamina besar. Kami melalui masa yang genting tetapi masing-masing saling menghormati.’’

Pengurus Liverpool, Rafael Benitez pula berkata, pencapaian Ferguson amat menakjubkan kerana berada 20 tahun di sebuah kelab terbesar seperti Manchester United.

‘‘Mencapai kejayaan bersama sebuah kelab yang besar dengan tekanan, tentunya membuktikan bahawa anda adalah seorang pengurus yang hebat.

‘‘Dialah jurulatih nombor satu di England dan salah seorang daripada dua atau tiga teratas di dunia. Rahsia kejayaannya ialah kepintarannya.Dia bermurah hati membantu saya ketika saya masih muda dan sedang mencari kelab.’’

Jurulatih England, Steve McClaren yang juga bekas pembantu Ferguson ketika beliau masih di Manchester United berkata, kejayaan Ferguson menjadi impian semua jurulatih.

‘‘Dia sudah mencapai sesuatu dan terus menyasarkan yang lain pula.
Memang menjadi impian setiap pengurus untuk membentuk sebuah pasukan dan berjaya tetapi dia melakukannya bersama empat atau lima pasukan,’’ kata McClaren.

Bekas pengurus England, Sven-Goran Eriksson berkata:

‘‘Saya menghormatinya. Menakjubkan kerana dia memiliki sejarah yang amat penting bagi Manchester United.

‘‘Dia membentuk banyak pasukan sehingga yang terbaru. Saya tidak terkejut dia masih menyimpan cita-cita. Saya cukup mengenalinya, dia sentiasa berjuang.’’

Bekas jurulatih England, Bobby Robson pula berkata jurulatih itu sudah membina satu dinasti di United.

‘‘Dia bukan hanya membentuk pemain handalan bahkan berjaya melahirkan pasukan yang handal serta memiliki wawasan bagaimana kelab patut dikendalikan untuk generasi pemain masa depan.’’

Bagi Paul Scholes, yang sudah beraksi bersama pasukan itu selama 12 tahun pula berkata, dia begitu takutkan Ferguson sehingga hari ini.

‘‘Dia tidak kelihatan tua dan masih seronok keluar ke padang latihan setiap hari biarpun dalam cuaca sejuk. Saya tidak dapat bayangkan bagaimana kehidupan di United tanpanya tetapi satu hari ia tetap akan berlaku.

‘‘Selepas ketiadaannya nanti, sudah pasti ia menjadi satu kekosongan yang besar,’’ kata Scholes.

Seorang lagi pemain berpengalaman, Ryan Giggs yang sudah bersama United selama 17 tahun, berkata, Ferguson sentiasa memastikan pasukan itu mempunyai asas yang kukuh supaya kehadiran pemain yang hebat seperti Wayne Rooney dan Cristiano Ronaldo mampu menjadikan pasukan itu sebagai yang terbaik di dunia.

Hadiah menarik buat Ferguson tentunya kejayaan terbaru United, yang menewaskan Portsmouth 3-0 sekaligus menyaksikan pasukan itu terus menguasai kedudukan teratas bola sepak Liga Perdana England.

– AP



manchesterunited 11/06/2006 03:29:00 PM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox