
United bangkit daripada ketinggalan untuk meraih kemenangan 3-2 di Old Trafford kelmarin dengan kualiti umpanan yang baik menjadi penentu pendahuluan awal mereka di Kumpulan F.
“Paul Scholes adalah pemain terbaik perlawanan bagi kami,” kata pengurus United, Ferguson
kepada wartawan. “Hantarannya memenangi perlawanan buat kami. Bagi gol kedua dan ketiga ia cukup hebat.
Scholes dan penyerang England,Wayne Rooney digantung bagi tiga perlawanan awal United tetapi ia kelihatan seperti pemain tengah itu tidak pernah terlepas sebarang aksi.
“Itu adalah perlawanan penuh kedua Wayne Rooney sejak Piala Dunia dan ia kelihatan begitu baik,” kata Ferguson. “Dia memerlukan perlawanan itu.
“Paul Scholes, pada usia 31, berada pada situasi sama dan dia cukup hebat. Ketenangan dan kesedaran mengenai umpanan tepat cukup hebat,” tambahnya.
Scholes menyalurkan umpanan penting bagi Louis Saha untuk meletakkan United 2-1 di depan dan mengulanginya bagi jaringan kemenangan oleh Ole Gunnar Solskjaer selepas percubaan Saha diselamatkan Artur Boruc.
“Pujian kepada Celtic tetapi saya rasa kami sepatutnya menjaringkan 10 gol,” kata Ferguson.
Terdapat penyudah kurang kemas dan Boruc membuat tiga aksi penyelamat tetapi kami akhirnya meraih tiga mata penuh.”
Juara Scotland, Celtic juga menyumbang kepada perlawanan menarik yang menjadi pertunjukan perlawanan British, tetapi Strachan kecewa untuk meninggalkan bekas kelabnya dengan tangan kosong.
“Masalah kami adalah bangun pagi esok dan menyesali keadaan dan itu adalah perkara paling buruk dalam bola sepak.
“Saya tahu pada paginya mereka (pemain) akan bangun pagi dan memikirkan ‘jikalau’. Tetapi tiada sebab mereka untuk merasa malu.
“Kami membuat beberapa kesilapan dan ia adalah kesilapan jujur yang kami boleh terima,” Perkhabaran buruk tunggal buat United adalah kecederaan hamstring yang dialami pemain sayap, Ryan Giggs yang bakal mengenepikannya bagi tiga hingga empat minggu. – Agensi
Status : married with two daughter
*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja
call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------
Alpha Lipid Lifeline
Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi
&membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit.
Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline
| real estate website design |