Friday, September 15, 2006

Pertemuan ‘meletup’ EPL

Manchester United menentang Arsenal, Chelsea berdepan cabaran Liverpool

LONDON: Rekod bersih Manchester United dalam Liga Perdana Inggeris musim ini akan diuji oleh musuh lama, Arsenal manakala juara bertahan, Chelsea menanti kunjungan Liverpool dalam aksi menarik hujung minggu ini.

Kedua-dua perlawanan akan dilangsungkan pada Ahad ini dengan United mencari kemenangan kelima berturut-turut dalam permulaan musim sehingga melegakan pengurus pasukan, Alex Ferguson.

Pertemuan sebegini sering menyaksikan pertembungan sengit pada tetapi sejak musim lalu, ia kehilangan sengat berikutan perpindahan kedua-dua ketua pasukan, Roy Keane untuk United dan Patrick Vieira bagi Arsenal.

Arsenal yang dimalukan dengan kekalahan 6-1 di Old Trafford pada 2001, pasti tidak akan lupa bahawa United menamatkan rekod 49 kemenangan liga pada Oktober 2004.

Perlawanan itu juga menyaksikan aksi menarik di luar padang apabila pizza dilontar ke arah Ferguson dalam terowong pemain.

Namun, pergaduhan yang lebih buruk adalah pada September 2003 yang menyebabkan empat pemain Arsenal digantung dan kelab itu didenda berikutan insiden yang berlaku selepas tamat permainan yang berkesudahan 0-0 di Manchester.

Perlawanan Ahad ini tetap sengit tetapi pasti tidak begitu tegang seperti sebelum ini.

United tidak dapat menurunkan dua pemain – Ryan Giggs akibat kecederaan hamstring dan Park Ji-sung yang menjalami pembedahan buku lalinya.

Namun, berita baik adalah Wayne Rooney dan Paul Scholes, yang beraksi dalam perlawanan Liga Juara-Juara menentang Celtic kelmarin, akan tampil semula, begitu juga dengan Cristiano Ronaldo yang selesai menjalani penggantungan.

“Ia agak malang bagi kami dan Ryan,” kata Ferguson. “Namun, kami masih lega kerana Cristiano Ronaldo boleh diturunkan.”

Arsenal bermula buruk dalam liga tetapi skuad Arsene Wenger nampak meyakinkan dengan kemenangan 2-1 ke atas Hamburg SV dalam Liga Juara-Juara kelmarin dan penyerang utama, Thierry Henry akan kembali selepas tidak bersama mereka ke Jerman.

Chelsea pula mengharapkan pertahanan Liverpool akan longgar seperti yang ditunjukkan
sewaktu kekalahan 3-0 kepada Everton, Ahad lalu.

Juara bertahan itu mempunyai cukup kekuatan walaupun jika Arjen Robben masih belum pulih daripada kecederaan. – Reuters



manchesterunited 9/15/2006 03:11:00 PM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox