
United minat Trezeguet
ROME: Manchester United menetapkan tawaran berjumlah RM100.5 juta untuk mendapatkan bintang antarabangsa Perancis di Juventus, David Trezeguet (gambar), menurut Gazzetta dello Sport semalam.
Akhbar sukan harian Itali itu berkata bapa Trezeguet, Jorge berada di Manchester hujung minggu lalu untuk berunding dengan pegawai United, yang mencari penyerang baru bagi
menggantikan pemain antarabangsa Belanda, Ruud Van Nistelrooy.
Van Nistelrooy dijual kepada gergasi Sepanyol, Real Madrid awal bulan ini.
Gazzetta berkata, United bersedia menawarkan kontrak selama empat tahun kepada Trezeguet bernilai RM27.72 juta setahun.
Akhbar itu menambah, Juventus sedia menjualnya tapi mereka bimbang tidak mempunyai masa mencari pengganti sesuai penyerang Perancis berusia 28 tahun itu memandangkan tirai perpindahan pemain ditutup pada 31 Ogos.
Juventus kehilangan ramai pemain bintang mereka susulan penyingkiran kelab ke Serie B kerana skandal mengatur perlawanan.
Trezeguet, yang bersama Juventus sejak permulaan musim 2000-01, juga difahamkan menjadi sasaran juara Perancis, Lyon dan Real Madrid.
Trezeguet sudah menyumbat 125 gol dalam enam musimnya dengan Juventus:
95 dalam 151 perlawanan Serie A, 27 dalam 43 perlawanan Liga Juara-Juara Eropah, dua dalam Piala Itali dan satu dalam Piala Super Itali.
Dalam perkembangan berkaitan, hasrat United untuk memikat pemain antarabangsa England, Owen Hargreaves dari Bayern Munich sebelum tarikh akhir perpindahan pemain esok mungkin tidak kesampaian.
United dilaporkan bersedia membayar RM113.9 juta untuk mendapatkan pemain tengah kelahiran Kanada itu tapi juara Jerman, Bayern bertegas mahu Hargreaves menghormati kontraknya yang hanya tamat penghujung tahun 2010.
Hargreaves, 25, sudah menyatakan minatnya berhijrah ke Old Trafford tapi dengan hanya tinggal dua hari lagi sebelum tirai perpindahan pemain dilabuhkan, ejennya tidak begitu yakin ia akan menjadi kenyataan.
Roman Grill, dipetik berkata dalam akhbar Daily Star: �Tiada sebarang peluang perjanjian akan dimeterai. Kami perlu menerima hakikat bahawa Bayern tidak akan membenarkan perpindahan
itu berlaku.-AFP
Status : married with two daughter
*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja
call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------
Alpha Lipid Lifeline
Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi
&membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit.
Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline
| real estate website design |