Tuesday, August 29, 2006

Carrick buru tempat

MANCHESTER: Michael Carrick berharap perpindahannya ke Manchester United akan membuka ruang untuknya mendapatkan tempat secara tetap dalam pasukan kebangsaan England.

Pemain tengah berusia 25 tahun itu yang pulih daripada kecederaan lutut untuk membuat kemunculan sulung bersama United dalam Liga Perdana Inggeris Sabtu lalu tatkala pasukan Sir Alex Ferguson mengukuhkan cengkaman mereka di tangga teratas carta dengan kemenangan 2-1 di Watford.

Kemenangan itu - yang dicapai hasil jaringan Mikael Silvestre dan Ryan Giggs - mengekalkan rekod 100 peratus buat skuad Red Devils itu sejak bermula musim, tetapi Carrick sudah pun meletakkan sasarannya untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama England bagi
perlawanan pembukaan kelayakan Euro 2008 menentang Andorra di Old Trafford Sabtu ini.

"Saya harap ia (perpindahan ke Manchester United) akan meningkatkan peluang saya untuk mencerahkan peluang merebut tempat dalam skuad England," kata Carrick.

"Jika anda bermain di pentas terbesar, seperti Liga Juara-Juara, ia akan memberi anda peluang terbaik untuk mempamerkan aksi pada tahap tertinggi.Tentunya, ia terpulang kepada saya dan bagaimana bagus saya bermain,tetapi saya harap untuk terbabit dalam perlawanan menentang Andorra."

Sekiranya Carrick bermain, ia bakal penampilan pertama baginya di Old Trafford sejak menyertai United daripada Tottenham dengan bayaran 18.6juta (124.62 juta) bulan lalu - tetapi rakan sekelabnya, Rio Ferdinand tidak akan terbabit dalam perlawanan kelayakan itu.

Ferdinand dijadualkan menjalani ujian imbasan semalam selepas mengalami apa yang disyaki patah ibu jari kaki ketika penghujung perlawanan di Watford.

Carrick - yang sudah berada di kelab itu hampir sebulan - berkata asas pembentukan skuad di sini hampir sama di Spurs,tetapi kelab ini begitu hebat.

"Saya sudah dapat mengagak mengenai kehebatan itu sebelum menyertai kelab ini lagi, tetapi ia
begitu mengagumkan apabila tiba di sini".

"Jangkaan adalah besar - dan anda perlu menang walau dengan apa juga cara."

Jika Carrick mengagumi kejayaan di Vicarage Road, tanpa diragui bahawa bintang kepada kemenangan United itu ialah Giggs.

Kepantasan larian pemain antarabangsa Wales itu dan hantaran tepatnyamemberi kesukaran kepada Watford sepanjang permainan, dan gol kemenangan jaringannya adalah hadiah paling sempurna terhadap kecemerlangan aksinya.

Giggs, 32, berkata: "Arsenal dan Chelsea menetapkan tahap yang perlu dicapai sejak tiga tahun lalu."

"Anda tidak boleh melakukan kesilapan dan tewas lima atau enam perlawanan semasa musim liga, dan atas sebab itu kami begitu gembira dengan permulaan kami".

"Adalah penting bagi kami mengekalkan permulaan baik ini." - AFP



manchesterunited 8/29/2006 02:56:00 PM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox